Bila berkumpul ramai-ramai anak beranak, dihidangkan apa jenis makanan pun semuanya mereka boleh terima, dan habis. Syukurlah anak-anak dan Encik Suami jenis yang tidak banyak songel, makan sahaja apa yang dimasak walaupun ada kalanya menu baru yang belum pernah mereka makan sebelumnya. Kalau kami ke mana-mana, mereka tidak kisah kalau mencuba makanan yang lain dari kebiasaan yang dihidang di rumah sendiri. Itulah seronoknya kalau jalan-jalan ke luar daerah bersama mereka.
Kita cerita lauk makan tengahari yang kami makan bersama minggu lepas, iaitu Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Labu Pulut. Pedasnya memang boleh tahan, sampai berpeluh-peluh dahi...ahaks! Pedas-pedas cili padi memang sangat sedap kalau sudah jumpa santan segar! Sengatannya cukup berbisa tapi selera makan asyik membisikkan, tambahlah lagi kuah dalam pinggan nasi... !!!!!
Kata penjual labu, ini labu pulut. Comel jew rupanya. Jadi, belilah sebiji.
Kami beli labu pulut ini sewaktu singgah di Kampung Paris, dalam perjalanan dari Sungai Kinabatangan menuju ke Lahad Datu.
Bahan-bahan:
1 kg ayam - bersihkan dan potong ikut saiz yang digemari
1/2 kg labu pulut - kupas kulit - potong dadu 2cm x 2cm
1 helai daun kunyit - hiris
2 batang serai - ketuk
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
200 ml santan pekat
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
40 biji cili padi kampung - campur warna hijau dan merah
3 cm kunyit hidup
1 cm halia
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Cara memasak:
1. Masukkan santan cair, serai, bahan kisar dan ayam ke dalam periuk.
2. Masak di atas api sederhana.
3. Setelah ayam mulai empuk, masukkan asam gelugor dan juga labu pulut. Biarkan mendidih seketika.
4. Kemudian masukkan santan pekat, garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
5. Setelah ayam masak dan labu pulut menjadi empuk, taburkan hirisan daun kunyit.
6. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
Wak pun suka masakan ayam masak lemak cili api ni.
BalasPadamlabu pulut rasa macamne kak? rupa dia sama macam labu biasa tu tapi ke memang nama panggilan kat sana gitu...
BalasPadamsedap betul nampaknya masak lemak cili api akak tu
dah lama tak makan ayam masak lemak cili padi. Anak-anak tak gemar..tu tak rajin buat tu
BalasPadamwahh rare ni kak. tak pernah masak ayam masak lemak campur labu. dua dua suka, boleh cuba ni nak rasa juga :)
BalasPadam