Pages

Selasa, 2 Jun 2020

Ikan Susu Panggang Cecah Budu

Ikan susu banyak tulang.
Kalau nak makan ikan susu, selalunya beli yang sudah siap dibersihkan dan tidak bertulang!
Oleh kerana tak jumpa dah semenjak dua menjak  ikan susu tanpa tulang, jadi panggang sajalah ikan susu yang masih bertulang. Tidaklah teruk sangat nak makan ikan susu yang ada tulang. Pilih ikan susu saiz besar, jadi tulangnya pun nampak lembih besar dan mudah dilihat ketika kita makan.

Ikan Susu Panggang Cecah Budu
Kami beli dua ekor ikan susu dan salah seekor yang Amie panggang beratnya 750 gram. Untuk memudahkan proses memanggang di dalam kuali ajaib, Amie potong dua ikan susu tadi. Muatlah panggang sekali kedua-dua potong ikan ini.

Ikan Susu Panggang Cecah Budu
Inilah cara Amie perap ikan susu dengan bahan-bahan pemerap sebelum dipanggang.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan susu @ bolu - bersihkan - potong 2
2 sudu besar minyak

Bahan tumbuk / kisar:
1 sudu besar lada putih
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
1 batang serai - ambil isinya yang putih 
1 sudu kecil pati asam jawa
garam / perasa pilihan

Cara:
1. Lumurkan bahan kisar secara menyeluruh  di badan ikan. Lebihannya masukkan ke dalam perut ikan.
2. Renjiskan minyak pada ikan.
3. Panggang hingga masak di dalam kuali ajaib.
Ikan Susu Panggang Cecah Budu
Ikan susu panggang ini sudah cukup rasa, masam masin dan pedas lada putih. Makan dengan nasi begitu sahaja pun dah cukup sedap. Amie teringin nak cecah dengan budu, jadi Amie hiriskan cili padi, bawang besar dan limau kasturi. Tuang budu Cap Ketereh, dan gaul sebati.

Ikan Susu Panggang Cecah Budu
Tak cukup dengan budu, Amie sediakan acar timun dengan nanas. Acar begini memang menjadi kegemaran Encik Suami! Amie bubuh cili padi supaya ada rasa pedas! 

Ikan Susu Panggang Cecah Budu
Sekian cerita hari ini. Kisah berkisar tentang:

  1. Ikan Susu Panggang.
  2. Budu.
  3. Acar Timun & Nanas

Ikan Susu Panggang Cecah Budu
Jumpa lagi.

10 ulasan:

  1. semua nampak sedap amie. kebetulan tgk lapar juga ni 😊

    BalasPadam
  2. camne rupa kalau dh takde tulang ye kak? dana tak pernah beli ikan susu nih tapi dengar orang kata ikan susu ni sedap... tengok ikan nya pun jenis ada isi tebal betul

    BalasPadam
  3. Terliur... Lama nda beli ikan ni. Susah mau dapat ikan fresh sejak PKP.
    Kekadang order 2 minggu sekali ada kalau nak dapat yang segar.
    Di Bataras KK ni macam tak best tengok ikan dia.

    BalasPadam
  4. Dana,
    dalam entri lepas-lepas, ada beberapa kali kakak kongsi ikan susu tanpa tulang.

    BalasPadam
  5. Tukang Kebun,
    Syukurlah di tempat kami ada juga bekalan ikan segar walaupun PKP, tapi kadang-kadang susah juga mau dapat.

    BalasPadam
  6. Lauk MCM no lamyg buat buka selera

    BalasPadam
  7. Ohh macam ni rupa ikan susu. tak pernah dengar dan tengok. Sedap ikan dipanggang.

    BalasPadam