Pages

Jumaat, 15 Mei 2020

Wadai Kepeng

Cerita tentang manisan orang kampung kami yang selalu muncul di bulan puasa!
Orang kampung kami separuh keturunan Jawa dan sebahagian lagi keturunan Banjar. Kalau orang Jawa ada bubur candil, orang banjar ada wadai kepeng. Namanya berbeza tapi bahannya lebih kurang sama. Dalam bahasa Banjar (Banjar Keluak - orang kampung kami), wadai maksudnya kuih, kepeng pula bermaksud benda yang ditekan. Bubur candil bentuknya bulat, wadai kepeng dibulat-bulatkan dahulu kemudian dileperkan pula.dengan cara menekan. Jom kita lihat resipi Wadai Kepeng.

Wadai Kepeng
Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
1 cawan air
1/2 cawan sagu biji - bilas dan toskan
sedikit pewarna hijau epal  dan kuning telur
1/2 sudu kecil garam
2 liter air untuk merebus
2 liter air untuk merendam wadai

Bahan kuah:
1 cawan santan pekat + 3 cawan air
1/2 cawan gula merah - larutkan / masak dengan  1 cawan air dan kemudian tapis
1/2 cawan gula melaka
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan - siat dan simpul

Cara:
1. Campurkan tepung pulut serta garam ke dalam sebuah bekas.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
3. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. 1 bahagian titikkan pewarna hijau epal dan satu lagi pewarna kuning telur. Satu bahagian lagi biarkan begitu sahaja.
4. Bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang disukai kemudian tekan-tekan tengahnya.

Wadai Kepeng

5. Didihkan air sehingga menggelegak dan masukkan wadai ke dalam periuk.
6. Apabila wadai timbul, bolehlah angkat  dengan penapis dan masukkan ke dalam air sejuk supaya tidak melekat di antara satu sama lain.
7. Untuk kuah wadai, masukkan santan ke dalam periuk diikuti dengan gula merah dan gula melaka, garam dan daun pandan.
8. Kacau sehingga gula melaka larut, dan kemudian masukkan sagu biji dan wadai.
9. Kacau lagi sehingga kuah mula mendidih, dan terus padamkan api dapur.

Wadai Kepeng
Bahan yang digunakan sama, bentuk tak serupa tapi rasanya sama!

7 ulasan:

  1. betul tu kak, sebab bahan nya pun sama pakai tepung pulut... cuma bentuk wadai kepeng je lain sikit kan tapi rasa mesti sama hehehe...
    tapi itulah best ada macam-macam nama dari susur galur yang pelbagai

    BalasPadam
  2. Tak pernah dengar wadai kepeng tapi bubur candil pernahlah. Itulah istimewanya kuih kuih tempatan

    BalasPadam
  3. Tepung pulut tu campur dengan tpung gandum ker? Berapa sukatan pulak utk tepung gandum? saya tak nampak berapa cawan tepung gandum...

    BalasPadam
  4. Dana,
    Meriahkan. Warna-warni budaya rakyat Malaysia.

    Notie,
    Pemanis mulut ni milik tradisi masyarakat Banjar.

    BalasPadam
  5. Azieazah,
    Terima kasih, sudah dibetulkan.

    BalasPadam
  6. ohh ada beza juga ye candil dan wadai..first time dengar wadai..banyak benda baru belajar dalam blog akak :)

    BalasPadam
  7. Azhafizah,
    beza nama dan bentuk, bahan dan rasa sama saja.

    BalasPadam