Pages

Jumaat, 15 Mei 2020

Berbuka Puasa dengan Mee Goreng Tom Yam

Bertemu lagi dengan paparan ringkas, cerita di bulan puasa.
Hari ini masak Mee Goreng Tom Yam. Fairuz sediakan jus nanas. Itu menu utama berbuka puasa kami pada hari ini. Alhamdulillah.

Mee Hoon Goreng Tom Yam
Bahan-bahan:
600 gram mee kuning - rendam 5 minit - toskan airnya - bilas lagi sekali dan toskan lagi
2 kiub perencah tomyam Knoor - hancurkan dan bancuh dengan setengah cawan air.
1 cawan isi udang
1 cawan hirisan sotong
10 biji bebola salmon - belah 41 batang serai - diketuk
5 helai daun limau purut - buang urat belakang dan ramas
1 biji tomato - hiris nipis
2 pokok sawi - potong-potong
1 cawan hirisan kobis
2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos cili Thai
1 sudu kecil sos ikan
4 sudu besar minyak

Bahan kisar:
7 tangkai cili kering (jika ingin lebih pedas, tambahkan cili padi)
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besa
1 biji tomato saiz sederhana besar

Mee Hoon Goreng Tom Yam
Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik minyak.
2. Masukkan serai dan bancuhan perencah tom yam. Biarkan masak mendidih hingga kuah menjadi sedikit pekat.
3. Masukkan udang, sotong, bebola salmon, kobis dan sawi. Masak sehingga udang bertukar warna.
4. Kemudian masukkan mee kuning, daun limau purut, hirisan tomato, kicap manis dan, sos ikan dan  sos cili Thai.
5. Gaul beberapa kali dan padamkan api dapur.
6. Hidangkan dengan bahan hiasan taburan yang disukai.
Sate Ayam

 Ada juadah sampingan, sate ayam. Fairuz pesan daripada kawan setaman.

Kentang Goreng
Firdaus minta pegedil kentang lagi. Amie agak letih sebab menjelang petang baru selesai urusan di bank. Amie gantikan dengan kentang goreng.

Lamb Burger
Dan, tidak ketinggalan lamb burger.

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah sedap2 semuanya
    selamat berbuka puasa

    BalasPadam
  2. Sedapnya mee goreng tomyam..tak pernah cuba..tapi kalau tomyam confirm sedap!

    BalasPadam
  3. Sue,
    terima kasih... jemput!

    Warisan Petani,
    jemput Wak.

    Azhafizah,
    memang sedap, penuh rasa.

    BalasPadam