Yok nyandil!
Itu ajakan untuk makan bubur candil dalam bahasa orang kampung kami nun di Bukit Hijau!
Itu ajakan untuk makan bubur candil dalam bahasa orang kampung kami nun di Bukit Hijau!
Bubur candil turut memeriahkan hidangan berbuka puasa selain bubur som som.
Meriah sungguh suasana di kala petang menjelma. Jiran-jiran saling menghulur juadah. Bubur candil dan bubur som som saling bertukar tangan! Walaupun yang dihulur sama dengan yang dibalas, tetapi tidak mencacatkan rasa ikhlas untuk menikmati juadah yang diberi. Masing-masing menerima dengan rasa penuh syukur.
Dahulu, bubur candil tidak berwarna-warni seperti hari ini. Bubur candil juga tidak ditambah atau dicampur dengan pelbagai bahan seperti yang dihasilkan sekarang. Hari ini, sudah muncul pelbagai rupa bentuk bubur candil dengan warna-warni seperti pelangi. Ditambah lagi dengan pelbagai rasa tambahan seperti durian dan sebagainya. Meriah sungguh!
Jom kita menyandil!
Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan air
1/2 cawan sagu biji - bilas dan toskan
sedikit pewarna hijau epal dan kuning telur
1/2 sudu kecil garam
2 liter air untuk merebus
2 liter air untuk merendam bebola candil
Bahan kuah:
1 cawan santan pekat + 3 cawan air
3/4 cawan gula kabung (atau gula melaka) - boleh gunakan gula merah atau gula pasir
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan - siat dan simpul
Cara:
1. Campurkan tepung pulut dan tepung gandum serta garam ke dalam sebuah bekas.
2. Campurkan air sedikit demi sedikit dan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
3. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. 1 bahagian titikkan pewarna hijau epal dan satu lagi pewarna kuning telur. Satu bahagian lagi biarkan begitu sahaja.
4. Bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang disukai.
5. Didihkan air sehingga menggelegak dan masukkan bebola candil ke dalam periuk.
6. Apabila bebola candil timbul, bolehlah angkat dengan penapis dan masukkan ke dalam air sejuk supaya tidak melekat di antara satu sama lain.
7. Untuk kuah candil, masukkan santan ke dalam periuk diikuti dengan gula kabung, garam dan daun pandan.
8. Kacau sehingga gula kabung larut, dan kemudian masukkan sagu biji dan bebola candil.
9. Kacau lagi sehingga kuah mula mendidih, dan terus padamkan api dapur.
Alhamdulillah.
Walaupun bubur klasik, tapi anak-anak suka pula makan!
saya pun akan pastikan setiap hari ada pemanis mulut selepas kami berbuka dengan nasi. Paling tidak pun ada cocktail buah.
BalasPadamSedapnya menyandill
BalasPadamSelamat berbuka puasa
Fave seisi keluarga ni amie..leh bertambah2 mangkuk mkn dia..hihii
BalasPadamsy jga suka pemanis mcm ni
BalasPadamkadang2 berbuka mulai dgn bubur, rasa lebih ringan
bila selesai solat baru cari mknan yg berat2
Ajumohit,
BalasPadambulan puasa ni memang elok ada yang manis, tambah tenaga.
Warisan Petani,
jom nyandil.
Inahar Ali,
BalasPadambetul tu... Encik Suami dan Firdaus dua mangkuk habis!
Mama Sara Nur,
buka puasa dengan manisan, rasa lebih bertenaga.