Selamat berhujung minggu.
Moga hari ini terus ceria walaupun masih dalam PKP.
Di LD, mendung dan hujan sekejap-sekejap.
Sejuk!
Seperti biasa, selagi ada kesempatan Amie akan terus kongsikan resipi. Kali ini Amie paparkan resipi Gulai Lemak Ketam dengan Nanas. Kalau nak makan ketam memang kena gunakan dua belah tangan. Itu sebab, kadang-kadang lebih suka meratah ketam sahaja. Kalau beli ketam, selalunya Amie hanya rebus sahaja, dan ratah tanpa nasi. Tapi kali ini, nak makan dengan nasi pula. Gulai Lemak Ketam dengan Nanas ini memang banyak orang suka. Bubuh nasi dengan kuahnya pun dah rasa sedap sangat!

Di kawasan perumahan kami ada sebaris kedai yang menjual segala barang keperluan dapur. Selain cold storage, di bahagian belakangnya ada tempat berniaga ikan dan hasil laut yang lain seperti ketam, udang dan sotong. Namun begitu, semenjak PKP adakalanya ditutup disebabkan terputus bekalan yang didatangkan dari Tungku. Kelmarin dibuka pula setelah beberapa hari ditutup. Oleh kerana sudah beli udang dan ikan di Pasar Seri Perdana, jadi kami beli ketam pula. Ketamnya pula baru sampai dan kelihatan segar belaka. Kami pilih 7 ekor ketam betina dengan timbangan melebihi 1 kilogram. Harap-harap ada telurlah di dalamnya.
Dan sememangnya rezeki kami, semua ketam betina yang kami pilih mempunyai telur di dalamnya! Jangan buang masa, mari kita masak.
Bahan-bahan:
1.2 kg ketam (7 ekor) - bersihkan - belah 2 setiap seekor
800 ml santan cair
300 ml santan pekat
500 gram nanas masak - kupas - belah - buang empulur - hiris sederhana tebal
2 biji tomato hijau- belah 4
2 batang serai - diketuk
1 keping asam gelugor
garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
2 biji cili merah
7 biji cili padi
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
Cara memasak:
1. Satukan santan cair, bahan kisar, serai, nanas, ketam ke dalam periuk.
2. Masak dengan api kecil, dan sentiasa kacau kuah hingga mula mendidih.
3. Masukkan asam gelugor, tomato dan santan pekat.
4. Terus kacau supaya tidak pecah minyak.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
6. Renih sebentar sehingga mendidih dan setelah masak sepenuhnya, padamkan api dapur.
Kalau nanas yang digunakan rasanya sudah masam, tak perlu tambah asam keping. Lengkuas boleh dihiris sahaja, tapi Amie lebih suka kisar bersama bahan yang lain.
semalam baru makan ketam. bestnyaa
BalasPadam