Pages

Ahad, 3 Mei 2020

Kuih Kasturi @ Kesturi

Kuih ini memang terkenal dari dulu lagi. Rasanya lemak-lemak manis, kombinasi kacang hijau, gula dan kelapa parut. Ada juga yang membuat kuih ini tanpa mencampurkan kelapa parut. Namun disebut juga dengan nama kuih kasturi. Sepanjang pengamatan dan pengalaman Amie, ada dua cara penyediaan kuih kasturi ini. Yang pertama, setelah kacang hijau menjadi pecah dan lembut di dalam periuk, angkat dan buangkan air rebusan. Kemudian masukkan kelapa parut dan gula. Seterusnya gaul hingga kering. Disejukkan dan selepas itu barulah dibulat-bulatkan dan dileperkan. Cara kedua ialah, setelah kacang hijau pecah dan lembut, toskan airnya. Kacang hijau tadi tidak diletakkan kembali di atas api dapur sebaliknya dimasukkan ke dalam bekas lain, ditambah kelapa parut dan juga gula. Kemudian digaul rata untuk dibulat-bulatkan dan dileperkan.
Walaupun cara penyediaannya agak berbeza, namun bahan yang digunakan tetap sama dan berakhir dengan hasil kejadian yang sama!
Itulah dia kuih kasturi, dengan kata lain kuah kacang. Ada yang memanggilnya cucur kacang hijau, kuih rengas dan kuih gendang rengas.
Dalam Kamus Dewan ejaan sebenar kuih kasturi ialah 'kesturi'.

Kuih Kasturi @ Kesturi
Amie buat satu adunan kuih kesturi tetapi hanya gunakan separuh sahaja. Selebihnya Amie simpan untuk dijadikan inti kuih bom.  Cara Amie tidak ada cara lain selain cara kampung saja... ahaks! Guna sukatan cawan, dan bukannya guna timbangan. Dan Amie juga gunakan kaedah toskan kacang hijau yang sudah pecah dan lembut, kemudian gaul dengan kelapa parut dan juga gula. 

Kuih Kasturi @ Kesturi
 Inilah rupa kacang hijau yang direbus hingga pecah dan lembut, kemudian ditoskan airnya. Jom lihat resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
1 cawan kacang hijau - rendam selama 2 jam - rebus hingga pecah dan lembut - toskan
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
minyak untuk menggoreng

Kuih Kasturi @ Kesturi
 Cara:
1. Dalam sebuah bekas, campurkan kacang hijau, kelapa parut, gula pasir, tepung gandum dan garam. Gaul sebati.
2. Biarkan adunan menjadi sejuk.
3. Ambil adunan sebesar bola ping pong, dan bulatkan. Kemudian leperkan.

Kuih Kasturi @ Kesturi
 Ini dia adunan kuih kesturi yang sudah sedia untuk digoreng. Sekarang kita sediakan pula adunan tepung untuk menyalutnya sebelum digoreng.

Kuih Kasturi @ Kesturi
 Bahan-bahan:
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
setitik pewarna kuning telur

Cara:
Adun semua bahan di atas dengan menggunakan hand whisk.

Kuih Kasturi @ Kesturi
 Seterusnya panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng tenggelam kuih kesturi. Setelah minyak panas, ambil sebiji kuih kesturi dan celup ke dalam adunan tepung dengan menggunakan sudu. Amie hanya goreng lima ketul sahaja untuk sekali gorengan. Berikan ruang untuk kuih keturi bernafas sehingga masak sempurna di dalam kuali. Apabila kulit kuih kesturi kelihatan berwarna keemasan,m bolehlah angkat dan toskan.

Kuih Kasturi @ Kesturi
Sekian.

2 ulasan:

  1. kuih legend ni kak Amie, saya suka nak buat kuih ni tapi tulah..budak-budak sekarang tak reti sangat makan kuih macam ni..

    BalasPadam
  2. sedapnyaa. kuih ni pagi2 biasa ade jual..
    dah lama tak makan

    BalasPadam