Bulan puasa, roti tak berapa mendapat perhatian. Daripada membazir dan terbuang baiklah kita manfaatkan untuk dijadikan puding.
Bahan A:
4 keping roti - potong semua bahagian tepinya
2 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil perisa pandan
Bahan B:
3 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 paket agar-agar serbuk
2 sudu besar mentega
Bahan C:
3 helai daun pandan + 3 sudu besar air masak - kisar - tapis - ambil jusnya
setitik pewarna hijau epal
Cara:
1. Masukkan semua bahan A ke dalam pengisar, dan kisar sehingga halus.
2. Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
3. Letakkan periuk di atas dapur. Gunakan api sederhana.
4. Masukkan Bahan B dimulakan dengan air, gula pasir dan aar-agar serbuk. Kacau rata.
5. Seterusnya masukkan mentega. Terus kacau supaya semua bahan menjadi larut.
6. Setelah bahan mendidih, padamkan api dapur.
7. Bahagikan adunan kepada dua bekas. Satu bekas biarkan sahaja begitu dan satu bekas lagi ditambah dengan jus pandan dan pewarna hijau epal (Bahan C). Kacau rata
8. Sediakan bekas atau acuan yang sesuai untuk puding. Tuangkan 2 senduk adunan puding pandan di tengah bekas, kemudian tuangkan pula 2 senduk adunan biasa di tengah-tengahnya. Seterusnya tuangkan lagi adunan pandan diikuti dengan adunan biasa dan lakukan sehingga habis adunan puding tersebut.
9. Biarkan sejuk dan puding akan mengeras.
10. Untuk rasa lebih lazat, setelah puding sejuk boleh masukkan dalam peti sejuk.
Puding roti memang cepat mengenyangkan!
Tak habis, boleh simpan dalam peti sejuk. Esok boleh sambung makan!
cantik kejadiannya Amie
BalasPadamPuding roti pandan nmpk sedap tu
BalasPadamKena try ni nmpk cantik mesti sedapp
BalasPadamPernah buat, Memang Sedap.
BalasPadamThis time, wanna try Amie's style😋
Klo guna agar agar tali boleh tak yer..?
BalasPadamKlo guna agar agar tali boleh tak yer..?
BalasPadamAna Jingga,
BalasPadamterima kasih.
Mama Tisya,
jemput ye.
Unknown,
boleh guna agar-agar tali
Sedap. Suka puding tambah roti sebab dah biasa buat puding caramel tambah roti dan kurangkan telur.
BalasPadam