Jemput buka puasa, makan nasi berlauk Daging Rusa Salai Masak Lemak Cili Padi dengan Belimbing Buluh. Mana dapat daging rusa salai? Kena buat sendirilah.... ahaks! Walaupun orang kata caranya tak kena, tapi sekurang-kurangnya dapatlah juga menikmatinya. Maklumlah, proses menyalai bukannya mudah tanpa adanya dapur tradisional dengan kayu api dan juga sabut sebab kalau menyalai ini yang penting ada asap dan hasil daging salai mesti ada rasa asap pula! Kita pun tak ada kayu manggis atau kayu getah atau arang untuk dijadikan bahan api. Melihat Encik Suami sibuk membaiki kereta, tak sampai hati pula nak minta tolong keluarkan dapur arang dan pemanggang yang tersimpan dalam stor di belakang rumah. Akhirnya kita pun usaha sendiri ala-ala menyalai di dapur gas.
Hasil masakan daging rusa salai.
Amie gunakan 500 gram daging rusa.
Perap seketika dengan garam dan sedikit serbuk kunyit.
Amie gunakan kuali ajaib. Letak daun pisang di bawahnya dan gunakan api paling perlahan. Kemudian susun daging rusa di atasnya.
Yang memenuhi dapur hanya aroma daun pisang bercampur daging rusa. Memang tak ada asap!
Balik-balikkan daging rusa supaya masak sekata.
Daging rusa ini warnanya merah muda pucat, menandakan ia daging muda.
Amie salai lebih kurang 2 jam.
Daging rusa sudah siap disalai.
Bolehlah kita masak menggunakan bahan pilihan mengikut selera.
500 gram daging rusa salai - hiris tipis
15 biji belimbing buluh - belah 2 jangan putus
2 batang serai - diketuk
1 keping asam gelugor
800 ml santan cair
300 ml santan pekat
garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
25 biji cili padi kampung warna hijau
3 cm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Cara memasak:
1. Masukkan santan cair ke dalam periuk, diikuti dengan bahan kisar, serai dan daging rusa salai.
2. Masak sehingga kuah mendidih dan daging rusa salai menjadi lembut.
3. Kemudian masukkan asam gelugor.
4. Tuang santan pekat dan masukkan belimbing buluh serta garam / perasa pilihan.
5. Terus kacau kuah supaya tidak pecah minyak.
6. Apabila kuah mendidih, keluarkan asam gelugor dan padamkan api dapur.
Daging Rusa Salai Masak Lemak Cili Padi dengan Belimbing Buluh sudah siap terhidang untuk dinikmati!
Rezeki kami petang tadi, sedang masak di dapur jiran sebelah hulur satu jug minuman jus honey dew campur biji selasih.
Fairuz pula baru selesai mengisar nanas untuk dibuat jus minuman berbuka puasa kami. Belum bubuh ais lagi tu! Jadi, hari ini kami berbuka puasa dengan dua jenis minuman. Alhamdulillah.
Firdaus pula, bila dengar daging salai rusa tak mahu dia makan. Dia senaraikan lauk pilihannya, telur dadar, ikan tudung periuk goreng dan sambal tumis! Wokey! Semuanya siap sebelum berbuka. Dan seperti biasa, sebaik sahaja kedengaran azan Maghrib, cepat-cepat si kecil itu menadah tangan mengimamkan bacaan doa makan!
Sekian, coretan tentang daging rusa salai. Sekadar menambah ilmu tentang proses menyalai daging yang diamalkan sejak zaman prasejarah untuk mengawet makanan yang kaya dengan protein supaya boleh disimpan lama sekiranya tidak digunakan.
Pernah mkn daging rusa masa outstation ke sabah.. Sedap tp menu daging rusa salai xpernh mkn
BalasPadamWah tak pernah try lagi mkn daging rusa ni. Nyum nyum nyum
BalasPadamMama Tisya,
BalasPadamdaging rusa salai buat sendiri, sebab teringin nak makan.
Ina,
mari sini datang LD, boleh kita jamu daging rusa.
Lama tak makan daging rusa. sedap dan lembut.suka makan daging rusa salai masak lemak. tapi harga dia boleh tahan juga.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam