Pages

Selasa, 12 Mei 2020

Nasi Arab : Mandy Lamb Rice

Assalamualaikum.
Perkongsian ringkas Mandy Lamb Rice, salah satu daripada pelbagai jenis Nasi Arab yang mudah.

Nasi Arab : Mandy Lamb Rice

Bahan-bahan:
800 gram lamb - potong ikut saiz yang disukai
1/2 sudu teh ketumbar biji - tumbuk
1/2 sudu teh jintan manis kasar - tumbuk
1/2 sudu makan lada hitam - tumbuk
1 sudu teh All Spices
1 labu bawang besar- belah 4
7 ulas bawang putih - diketuk
3cm halia - diketuk
2 helai daun bay
1 sudu makan saffron - Amie rendam dalam 30ml air panas 
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam / perasa pilihan secukupnya
2 liter air

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk / kuali.
2. Masukkan kesemua bahan di atas kecuali saffron dan serbuk kunyit.
3. Masak dengan api sederhana panas selama 1 jam setengah.
4. Keluarkan daging bebiri dan toskan. Ketepikan air rebusan daging bebiri untuk dimasak bersama nasi dan dijadikan sup.
5. Gaul lamb dengan sedikit garam / perasa pilihan. Ketepikan.

Nasi Arab : Mandy Lamb Rice
Untuk nasi nya pula, resipinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi - cuci bersih dan rendam 20 minit - toskan
3 sudu besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cawan kismis

Rempah tumis : 
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Bahan lain:
4 titik pewarna kuning telur
garam / perasa pilihan secukupnya

Cara memasak:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air rebusan lamb, biarkan mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa (jika perlu - sebab air rebusan lamb sudah bubuh garam). Tekan butang on, dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditengah nasi dan letakkan aluminium foil.  (Pada masa inilah Amie susun kepingan daging bebiri). Masukkan 1 sudu minyak (Amie gunakan minyak zaitun) dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan aluminium foil bersama arang tadi - Amie juga keluarkan daging bebiri.
5. Titiskan pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Nasi Arab : Mandy Lamb Rice
Cara membuat salad salata hara: Timun buang empulur, tomato buang biji dan lobak merah buang kulit dan sebiji bawang besar. Semuanya dipotong dadu saiz kecil. Tambahkan garam, gula dan cuka.

Untuk sosnya pula, 2 biji tomato, 2 biji cili merah, 2 biji cili hijau, 1 pokok ketumbar, gula, garam dan jus lemon secukup rasa. Kisar jangan sampai hancur.

Nasi Arab : Mandy Lamb Rice
Senang saja nak masak nasi Arab bukan?


Nasi Arab : Mandy Lamb Rice

Nasi Arab : Mandy Lamb Rice

2 ulasan: