Sambung entri jalan-jalan Bangkok - Hua Hin.
Kali ini cerita tentang makan-makan pula.
Selalu hanya melihat di kaca televisyen atau you tube sahaja tentang ikan bakar diselaputi penuh dengan garam. Kali ini dapat melihat dan merasai sendiri ikan bakar garam and the gang atau dikenali dengan nama miang pla pao di Thailand.
Malam terakhir kami di Bangkok, kami sempat berkenalan dengan miang pla pao!
Masalah betul nak terangkan apa nama restoran dan nama tempat ini. Maklumlah semua ditulis menggunakan perkataan tempatan, jarang sangalah jumpa tulisan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu....heheheee. Kalau tulisan di atas tu, tahulah kita baca : Ahlan wa Sahlan yang bermaksud Selamat Datang.
Sawadikaap!
Restoran ini kelihatan agak luas di bahagian luar dan juga dalam.
Kebanyakan restoran di sini menghidangkan ais batu di dalam baldi kecil. Kali pertama sewaktu dinner steamboat, di hadapan kami ada baldi kecil berisi ais batu. Tak terfikir pula ais batu ini dimasukkan sendiri ke dalam gelas... ahaks!
Bila dah jumpa air mineral memang nak teguk bergelas-gelas! Tapi, sabar dulu. Nanti perut penuh air, tak boleh masuk pula hidangan malam kita.
Malam itu, kami sembilan orang dihidangkan dengan 3 ekor ikan kaloi bakar garam bersaiz besar! Kaloi... bukannya talapia wei!
Patutlah di sebelah siangnya, sepanjang jalan ada saja kelihatan timbunan garam dan berpuluh malah beratus garam dalam karung! Mungkin garam itu digunakan salah satunya untuk bakar ikan kot!
Kami sangka makan ikan bakar garam ini dengan nasi!
Pemandu van dan juga pelayan restoran memberitahu kami, ikan bakar ini dimakan bersama ulam-ulaman, kuey teow, mee hoon dan pencecahnya. Memang gelihati jugalah sebab tak pernah makan begini sebelum ini. Beberapa kali juga pelayan restoran 'membetulkan' cara kami makan.
Ambil daun salad.
Ambil isi ikan bubuh atas daun salad.
Ambil kuey teow atau mee hoon bubuh pula atas ikan.
Ambil ulam lain seperti daun selasih letak atas kuey teow atau mee hoon tadi.
Ambil sos pilihan, yang manis atau yang pedas bubuh atasnya, dan kemudian makan!
Eh! Macam makan miang kham pulak... hahaaa! Cuma rasanya berbezalah sebab ada ikan, tidak ada daun kaduk dan gangnya.
Ohhh! Beitu rupanya makan miang pla pao!
Ini dia sos yang disediakan. Walaupun ada yang manis, yang pedas tapi semuanya sedap belaka. Nak lagi sedap campurkan ketiga-tiganya biar bergaduh dalam perut... kah! Sos warna hijau tu ada rasa pedas, rasa pudina dan daun ketumbar. Yang nampak berkacang itu rasa manis. Yang merah tu, rasanya ala-ala sos Thailand yang kita selalu beli di tempat kita.
Maka, lekalah kami makan miang pla pao malam itu!
Punyalah lembut isi ikan kaloi tu... tak ada langsung rasa masin garam seperti yang disangkakan!
Ulam-ulamannya pun banyak pilihan. Pandai dah kita makan daun selasih!
Daun kemangi (sejenis selasih juga) pun ada. Daun ketumbar Jawa pun ada! Ulaman yang lain tak tahu nama apa, tak sempat nak belek-belek sebab sibuk melayan kaloi!
Dek kerana asyik menikmati kaloi and the gang, miang pla pao dengan penuh perasaan, terlupa pula pada tom yam putih nun di hujung! Tom yam putih kali ini berisi daging. Amie sempat merasa sedikit kuahnya yang agak masam, tapi tetap sedap!
Minta maaf banyak-banyak! Tak tersentuh walau sebutir nasi.
Som tam pula, sempat cicipi sedikit.
Dan ayam ini, ala-ala ayam panggang atau ayam goreng pula. Sempat rasa seketul. Sedap sangat.
Dah! Perut dah tak larat nak terima lagi!
Alhamdulillah.
Setiap kali makan tengahari atau makan malam, ada sahaja menu yang menarik dan sedap! Dapatlah menambah pengetahuan tentang makanan dan masakan dari negara jiran.
Wokey. Kita baliklah ke hotel.
Ada disediakan bilik untuk solat di restoran ini.
Di pintu luar, baru ternampak dengan jelas gambar miang pla pao!
Banyak hidangan lain yang kelihatan enak-enak belaka. Tapi Amie tembak dua gambar inilah sebab itulah hidangan yang baru kami nikmati.
Sekian.
Cerita bergambar tentang miang pla pao.
Terima kasih sudi membaca.
Kalu ke Thailand, memang syurga makanan sungguh...!
BalasPadamsronok jln2 bangkok..sedap tgk ikan tu..pernah mkn juga kt kedai masakan thai
BalasPadamAzieazah,
BalasPadambetul... banyak sangat pilihan!
Mama Tisya,
memang best kan... terutamanya makanannya heheeee.