Pages

Ahad, 5 April 2020

Bubur Nasi & The Gang

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua. Walaupun setiap hari menghadapi hari-hari yang sama berikutan arahan PKP, namun jangan lupa pula nama-nama hari yang dilalui. Hari ini tiba-tiba sudah muncul hari Ahad!
Awal pagi tadi mula masak bubur atas permintaan Encik Suami. Kelmarin, Encik Suami ke kedai mencari lobak jeruk tetapi tidak ada. Tak apalah, tidak ada lobak jeruk bukan alasan asyik tangguhkan buat bubur nasi.
Sepanjang PKP ini memang setiap awal pagi Encik Suami sudah memulakan kerjanya membersihkan kawasan luar rumah dan seterusnya menyiapkan stor di belakang rumah. Besar pula stor yang dibuatnya, bersambung dengan dinding dapur dengan ukuran panjang 25 kaki dan lebar 8 kaki. Ada dua tiga buah almari lama dipindahkan ke dalam stor baru. Banyaklah barang dapur disimpan di situ termasuk oven dan segala peralatan memasak yang lain, yang katanya jarang digunakan. Katanya lagi, kalau nak gunakan sebut saja apa benda yang diperlukan, nanti dia akan cari sebab dia tahu semua letak tempat barang-barang tersebut.
Terima kasih Encik Suami.
Dan pagi ini Amie hidangkan bubur nasi yang diidam-idamkan Encik Suami.



Oleh kerana kami bersarapan awal pagi, jadi gambar pun tak berapa jelas kerana cahaya matahari belum muncul. Jom kita lihat apa gang untuk bubur nasi ini. Ikut pusingan jam, dimulakan dengan ikan bilis goreng, ayam goreng yang disiat, ikan masin tumbuk, bawang goreng, telur masin, daun bawang, kicap manis pedas, cili jeruk, minyak bijan dengan cili padi potong dan kacang tanah goreng.

Ayam goreng yang disiat-siat ini Amie masak sekali harung dengan bubur nasi. Setelah ayam masak, Amie keluarkan dari periuk dan goreng sekejap.

Biasanya ada kicap cair atau kicap masin dihidang bersama bubur. Oleh kerana sudah ada ikan bilis goreng, ikan masin tumbuk dan telur masin, tak perlulah berkicap masin lagi...ahaks! Gantikan pula dengan kicap manis pedas. Haa... inilah kicap kegemaran Firdaus! Dibubuhnya banyak-banyak kicap manis pedas ini ke dalam mangkuk bubur nasinya!

Masak bubur nasi ni senang saja. Masing-masing ada cara tersendiri untuk menghasilkannya. Ada yang suka masak di dalam slow cooker. Ada yang suka gunakan periuk jenis hi-pressure. Terpulanglah ikut suka nak guna yang mana.  Resepi bubur nasi Amie seperti di bawah ini.

Bahan-bahan:
1 cawan beras
air secukupnya
2 helai daun pandan - siat dan simpul
1/2 cawan potongan dadu lobak merah
1 ketul daging ayam bahagian dada
1 kuib ayam

Cara memasak:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam rice cooker kecuali kiub ayam.
2. Tekan butang on.
3. Apabila daging ayam masak, keluarkan. (Ayam digoreng dan dicarik-carik.)
4. Biarkan sehingga bubur nasi hancur.
5. Masukkan kiub ayam dan kacau beberapa kali.
6. Tekan butang off.

Sementara menunggu bubur nasi masak, bolehlah sediakan lauk-pauk kegemaran yang akan disantap bersama bubur nasi.

 Ikan bilis goreng.

 Kacang tanah goreng.

 Dada ayam goreng.

 Ikan masin goreng kemudian ditumbuk.

 Bawang goreng.

 Cili jeruk.

 Telur masin rebus.

 Kicap manis pedas.

 Hirisan daun bawang.

 Hirisan cili padi bersama minyak bijan.

 Jemput sarapan pagi.

Sebenarnya nak makan bubur nasi dengan apa-apa lauk pun boleh. Tepuk dada, tanya selera.

Jumpa lagi.
Harap adalah lagi saki-baki Bubur Nasi & The Gang didapur. 
Rasanya nak makan lagilah barang semangkuk....ngeeee!

5 ulasan:

  1. saya dah lama tak buat bubur nasi..tunggu betul-betul teringin baru mood nak buat datang..sedap tu bubur nasi kak Amie:)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Amie. Sedapnya bubur nasi. Nanti nak buat jugaklah, dah banyak kali lalu lalang kat wall hehehe. Menggiurkan sungguh tengok bubur nasi dengan geng2nya tu

    BalasPadam
  3. Meriah kak, saya pun suka makan bubur, tapi partner pula tak berapa....haish.

    BalasPadam
  4. Cik Matahariku,
    hahaha... betul tu kena tunggu mood datang, saya pun tunda permintaan Encik Suami sampai 3 hari.

    Cik Wan,
    waalaikumussalam.
    meriah bubur nasi bila banyak gang hihihiii.

    Nasa Mulia,
    betul tu... kadang2 nak masak pun tak jadi bila kenangkan partner tak berapa suka makan.

    BalasPadam
  5. Sedapnya bubur nasi baru 2 minggu lepas buat..sbbnya anak demam x lalu nk mkn lain..
    Betul tu mkn ngan ape pon bole..ikut cita rasa sendiri..

    BalasPadam