Assalamualaikum.
Dah tidur ke?
Biasanya Amie tidur sekitar pukul 10 malam. Nampaknya malam ini mata belum rasa mengantuk. Barangkali tidak sepenat hari-hari bekerja. Maklumlah tempoh lockdown yang sudah masuk minggu kedua, barangkali banyak masa untuk berehat walaupun ada sahaja kerja yang hendak dibuat dalam rumah.
Amie ambil kesempatan untuk kongsikan resepi Tuhau Masak Tumis. Seingat Amie, ketika masakan ini diolah, Fuad bersama sepupunya makan tengahari bersama. Oleh kerana waktu itu Amie baru pulang kerja, dan mereka belum makan tengahari, jadi Amie pun tergesa-gesa memasak. Walaupun gambar tak berada sempurna, sekurang-kurangnya boleh dikongsikan bersama sebagai penambahan info tentang masakan tempatan di Sabah.
Bagi sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tumbuhan yang bernama tuhau ini, bolehlah klik di sini: SAMBAL TUHAU DENGAN IKAN BILIS. Di sini Amie kongsikan beberapa keping gambar tuhau dari entri Amie yang lepas.
Inilah rupa tuhau yang sudah dikupas.
Aroma tuhau lebih kurang sama dengan bau ketumbar jawa.
Seperti juga umbut pisang, tuhau pun ada bebenang atau rerambut halus seperti dalam gambar di bawah.
Kena buanglah bebenang itu.
Bahan yang paling penting selepas tuhau ialah cili padi putih.
Jika suka, hirislah cili padi putih tersebut, tapi boleh masukkan bulat-bulat begitu dengan tangkainya sekali dalam masakan.
Untuk masakan tuhau kali ini, Amie tambahkan terung pipit, bunga kantan dan juga daun bawang. Bila berkawan dengan masyarakat Dusun Kadazan, barulah Amie tahu rupanya bunga kantan boleh saja dijadikan sayur, terutama bunga kantan yang sudah kembang mekar!
Cili yang Amie gunakan pun bercampur-campur cili padi putih, cili padi hijau dan merah.
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
3 batang tuhau - ambil umbutnya yang lembut - potong ikut citarasa
1 cawan terung pipit - goreng hingga masak - angkat dan toskan
1 kuntum bunga kantan - belah 4 - jika suka ceraikan setiap kelopaknya
2 batang daun bawang
15 biji cili padi putih
10 biji cili padi - campur hijau dan merah
1 cawan ikan bilis
1 labu bawang besar - mayang kasar
5 biji bawang putih - diketuk
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan
Cara:
1. Panaskan minyak. Goreng bawang besar bersama bawang putih hingga layu kekuningan.
2. Biarkan bawang layu sehingga terbit aroma.
3. Kemudian masukkan ikan bilis, cili padi putih, cili padi hijau merah, terung pipit goreng, bunga kantan dan tuhau.
4. Masak seketika, dan kacau sekali-sekala.
5. Masukkan daun bawang dan perasa seperti garam / gula / perasa pilihan.
6. Kacau beberapa kali.
7. Padamkan api dapur.
Sedap tau!
Bagi yang biasa dengan aroma tuhaulah.... ahaks!
Esok masuk hari pertama bulan Syaaban, salah satu bulan dalam Kalendar Hijarh yang sangat dimuliakan Allah S.W.T.
Catatan amalan kita ditutup, dan diganti dengan yang baru.
Sebelum catatan amalan kita ditutup, Amie mohon ampun dan maaf buat semua teman blogger dan juga para pengunjung andai selama ini ada tulisan dan komen yang mengguris rasa. Marilah saling berlapang dada dengan memaafkan di antara satu sama lain.
Sebelum catatan amalan kita ditutup, Amie mohon ampun dan maaf buat semua teman blogger dan juga para pengunjung andai selama ini ada tulisan dan komen yang mengguris rasa. Marilah saling berlapang dada dengan memaafkan di antara satu sama lain.
Dalam satu riwayat, Saidatina Aishah r.a pernah menyatakan:
Tidak pernah Rasulullah S.A.W berpuasa lebih banyak melainkan dalam bulan Syaaban (selain bulan Ramadhan). Sesungguhnya Baginda S.A.W telah berpuasa sebulan penuh.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Dulu masa ada kawan kerja di sabah rajin dia bawak balik rendang ke sambal tuhau kt kami... sedap jugak makan nya... tp kat sini dana tak pernah jumpa
BalasPadamDana,
BalasPadambiasanya kalau kami singgah kundasang, macam2lah menu tuhau dibeli, sambal tuhau, jeruk tuhau, serunding tuhau.