Assalamualaikum.
Pagi ini, dingin tapi badan berasa seram sejuk.
Korban Covid 19 masuk jumlah kesepuluh, berita setakat malam tadi. Hari ini, tidak tahu apa perkembangan seterusnya! Ya Allah! Lindungilah kami dari wabak yang kian mengganas di negara kami ini. Hanya pada-Mu tempat kami memohon dan berlindung.
Pelbagai petua untuk mencegah Covid 19 dikongsi melalui media sosial, dan tidak kurang juga pelbagai tohmahan serta sindiran terhadap mangsa Covid 19 yang menjadi pembawa virus! Rasanya tak sanggup untuk meneruskan pembacaan. Tanggungjawab kita sekarang hanyalah patuh kepada arahan kawalan pergerakan. Itu sahajalah yang dapat membantu menangani penularan wabak setakat ini.
STAY AT HOME!
Encik Suami sedang sibuk menelefon pekerja-pekerja pembersihan di bawah seliaannya tentang arahan tidak keluar bekerja di sekolah. Katanya, mereka boleh mula bekerja pada 30 Mac 2020. Risau juga, katanya takut itu arahan palsu yang sengaja direka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Oleh kerana baru mendapat arahan tersebut malam tadi, dan setelah mendapat pengesahan dari beberapa pihak, akhirnya Encik Suami memutuskan untuk segera memberitahu para pekerja pembersihan di bawah seliaannya. Yang perlu berada di sekolah hanyalah pengawal keselamatan sahaja.
Nampaknya Encik Suami masih berurusan melalui telefon, dan Amie pun tak ada idea untuk sediakan sarapan pagi. Sementara itu, marilah Amie kongsikan Sotong Tumis Tom Yam. Di kala lockdown begini, kreatifkanlah minda untuk merekacipta masakan seadanya.
500 gram sotong - bersihkan - potong ikut citarasa
2 kiub perencah tom yam Knoor - hancurkan dan bancuh dengan 1/2 cawan air
1 batang lobak merah saiz kecil - kupas kulit - potong bulat nipis
1 pokok sawi - potong -potong
2 biji cili hijau - potong 2
1 batang serai - ketuk
3 hirisan lengkuas
4 helai daun limau purut - buang urat belakang
1 labu bawang besar - potong wedges
3 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
3 ulas bawang putih
7 biji cili padi
Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga terbit aroma.
2. Masukkan serai, lengkuas, lobak merah serta bancuhan perencah tom yam.
3. Tumis hingga kuah mendidih. Kemudian masukkan daun limau purut, bawang besar, cili hijau dan sawi. Kacau rata.
4. Seterusnya masukkan sotong dan gaul beberapa kali. Masak di antara 1-2 minit sahaja.
7. Perasakan dengan dengan sedikit garam / gula / perasa pilihan.
8. Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.
Jika suka, boleh tambahkan cili kering kisar dalam tumisan bersama bawang.
Dana sejak ddk umah ni kak hari2 tengok berita dulu memang tak pernah... risau bila tengok jumlah kematian dan jangkitan yg menaik setiap hari...
BalasPadamDana,
BalasPadamkakak selalu tengok berita, tapi bila buka FB dan lain-lain aplikasi dalam talian, rasa pedih hati membaca yang bukan-bukan... bersabar sajalah.