Salam Israk dan Mikraj 2020, hari ke 27 bulan Rejab.
Moga dengan hadirnya malam istimewa dengan kisah perjalanan malam Nabi Muhammad S.A.W , kita akan terus mengingati dan menghayati peristiwa perintah Allah S.W.T kepada Jibrail supaya membawa Nabi Muhammad S.A.W dari Mekah ke Jerusalem dengan menaiki buraq, dan melalui fasa kedua iaitu mikraj melalui tujuh peringkat syurga
Alhamdulillah.
Dalam kekalutan dan ketakutan menghadapi Covid19, rupanya tarikh Isra' dan Mikraj sama dengan tarikh ulang tahun Firdaus. Doa dan harapan kami wahai anak, jadilah anak yang soleh, berbakti untuk agama, nusa dan bangsa.
Dari awal tahun Firdaus sudah menghitung hari, menanti ketibaan tarikh ulang tahunnya yang ketujuh. Hari yang dinanti tiba pada hari ini 22 Mac 2020, namun tidaklah seperti yang diimpikannya. Tiada majlis sambutan semeriah dahulu. Tiada bahan dalam simpanan untuk dijadikan seringkas-ringkasnya apa yang bernama kek! Tiada kedai kek yang dibuka, dan sememangnya seua premis seperti kedai kek juga terpaksa ditutup.
Apa pun, itu semua tidak bermakna kami menghampakan harapan sikecil. Menjelang tengahari, Amie siapkan hidangan untuk majlis kecil kami. Pulut kuning dihias seringkas mungkin dengan menggunakanbahan seerti mentimun, lobak, daun sup, telur dan cili merah! Di saat-saat genting dalam suasana lockdown, 'kek' sebegini sudah cukup membuatkan Firdaus puas hati walaupun dia masih keliru!
Pulut Kuning Lockdown.
Ayam Panggang guna kuali ajaib.
Kuah Kacang.
Mee Goreng Seafood.
Marilah bersyukur wahai anakku Firdaus.
Masih ada Mommy dan Baba di sisimu yang sentiasa menyayangi dan mengasihimu.
Gambar kenangan sambutan ulangtahunnya yang keenam di tadika. Dahinya cedera, dan terpaksa dijahit, tapi dia gigih untuk ke sekolah lerana katanya nak sambut ulang tahun bersama rakan-rakannya.
Moga sentiasa sihat dan cemerlang dunia dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan