Pages

Isnin, 23 Mac 2020

Telur Dadar dengan Kacang Panjang & Berita Kepada Kawan

Assalamualaikum.
Hari ini merupakan hari keenam perintah kawalan pergerakan.
Bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas di bumi ini. Kurangkan keluhan, sebaliknya fikirkan yang baik-baik serta perkara positif dalam menghadapi sutuasi seperti ini. Sesungguhnya nikmat Allah itu tidak terhitung banyaknya.
Banyak perkara boleh kita lakukan sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini. Selain mengemas rumah, membersihkan itu dan ini, kita masih boleh bergerak di luar rumah juga. Kita masih boleh menyiram dan menggembur  tanam-tanaman seperti pokok bunga, tanaman herba dan sebagainya. Bahkan kita masih boleh membersihkan longkang dan mengecat rumah (jika ada stok cat). Yang gemar membaca, ambillah kesempatan untuk membaca bahan bacaan seperti buku ilmiah, majalah, novel dan seumpamanya. Terpulanglah dengan pilihan masing-masing. Yang penting, janganlah sehingga merasa bosan menghadapi situasi ini. 
Pada masa inilah juga Allah beri kemudahan masa untuk tunaikan solat dhuha, membaca al-Quran (mungkin sempat khatam sekali atau beberapa kali), membaca tafsir al-Quran, mengulangkaji hadis dan banyak lagi aktiviti berkaitaan keagamaan. 
Kami, diarahkan mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh kawalan pergerakan. Dari minggu lepas lagi kami sudah menghubungi semua murid untuk turut serta dalam aktiviti ini. Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kami laksanakan menerusi talian termasuklah quizzes, googleclassromm, document attachment, youtube, modul dan sebagainya melalui aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram.
Wokey....
Kita beralih cerita tentang resepi pula.
Resepi kali ini sangat ringkas tapi sangatlah sedap rasanya, Telur Dadar dengan Kacang Panjang. Ketika sedang didadar dalam kuali, aroma kacang panjang terasa enak menyucuk hidung.

Bahan-bahan:
4 biji telur
4 batang kacang panjang - hiris nipis
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
sedikit minyak

Cara:
1. Dalam sebuah bekas, campur kacang panjang, Maggi Cukup Rasa dan telur. Pukul hingga sebati.
2. Panaskan sedikit minyak.
3. Goreng dadar campuran telur tadi seperti menggoreng telur dadar biasa.
4. Hidangkan bersama sambal kicap, dan nikmati dengan nasi putih.

Ketika entri ini sedang ditulis, Kam (teman travel) mengirim lagu Berita Kepada Kawan (Ebiet G. Ade). Sungguh menyusuk hati mendengarkannya.


Perjalanan ini trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan
Tubuhku terguncang dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap kering rerumputan
Perjalanan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih
Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini
Sesampainya di laut kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak kepada matahari
Tetapi semua diam tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit
Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan