Assalamualaikum.
Apa khabar semua?
Nampaknya setiap saat kita masih diselubungi kebimbangan dan kesugulan berikutan wabak Covid 19 yang berada di sekeliling kita! Hari ini sahaja sudah mencecah 26 kematian, dengan pertambahan 130 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 2, 261. Itulah angka rasmi yang dikeluarkan dalam Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, dapatan maklumat sehingga pukul 5 petang tadi.
Pada masa yang sama seluruh rakyat patut berterima kasih di atas pengumuman bantuan PRIHATIN (Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat) bernilai RM250 billion oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin.
Lega rasanya apabila mendapat khabar tiada yang terkecuali dari menerima bantuan tersebut. Teks penuh boleh klik di sini : PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT. Sejak beberapa hari tular tentang kesusahan golongan berpendapatan rendah dan peniaga kecil untuk menyara keluarga. Dengan usaha murni ini, diharapkan semua golongan penerima mendapat manfaat besar dan hiduplah dengan cara sederhana serta berjimat-cermat.
Kita beralih cerita tentang resepi pula. Kali ini Amie kongsikan menu Kari Pedas Sardin Tanpa Santan. Anak-anak dan Encik Suami inginkan kuah yang pedas dan pekat untuk dicecah dengan roti.
Bahan-bahan:
1 tin ikan sardin saiz besar
3 sudu besar rempah kari ikan
1 biji tomato saiz besar - belah 6
4 biji kentang - kupas kulit - potong 6 - goreng hingga masak - toskan
2 tangkai daun kari - lurutkan
1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 batang serai - diketuk
1 tangkai cili merah -hiris
1/2 labu bawang besar - hiris
3 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
7 biji cili padi
1 cm halia
Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan serai dan daun kari.
2. Setelah terbit aroma, masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan serbuk kari dan perlahankan api dapur. Gaul rata.
4. Tuangkan air bancuhan asam jawa. Jika terlalu kering atau pekat, tambahkan sedikit air lagi. Biarkan kuah mendidih.
5. Masukkan ikan sardin bersama sosnya, diikuti dengan kentang yang sudah digoreng, hirisan cili serta tomato.
6. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
7. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.
Pertama kali tengok sardin masak kari. Macam menarik dan nampak sedap tu. Boleh cuba nanti. Terima kasih share resepi kak :)
BalasPadamsedap ni, kak ana ni penggemar sardin gak amie. done follow amie sini :)
BalasPadamAzhafizah,
BalasPadamboleh cuba resepi ni, in shaa Allah sedap.
Ana,
terima kasih follow saya.
Sardin memang sedap kan.
Pasal jumlah di China, adalah yg tidak tepat.
BalasPadamJumlah kematian yg asal adalah tidak dilaporkan sblm January 2020.dan jumlah yg dilaporkan Banyak dipertikaikan kerana censorship yg ketat.
Kena discount kesahihan berita mereka.