Cerita ini telah lama berlalu.
15 Disember 2019.
Terlupa untuk dijadikan entri kenang-kenangan.
Waktu itu memang sibuk dengan tugas yang sedang digalas.
Dan, sesungguhnya sebagai insan biasa Amie pun terlupa!
Macamana boleh teringat?
Belek-belek gambar dalam folder, dan terjumpa... ahaks!
Sempat ikut Kelas Pecan Butterscotch Cake.
Setiap peserta pulang bersama sebiji kek hasil kerja tangan masing-masing!
Besar sungguh Pecan Butterscotch Cake yang kami bawa pulang. Makan seisi keluarga memang tak habis!
Tak banyak cerita yang dapat dikongsi sebab hayat memori dah lupus..hiks!
Dapat timba lagi ilmu dari Kak Yong kesayangan kami!
Memang berbaloi sungguh belajar dengan Kak Yong.
Tangan kami saja yang tak berapa lembut...ngehhh ngeehhh!
Namanya pun belajar. Betul tak?
Kita cuba sajalah ikut kreativiti masing-masing.
Inilah hasil keras tangan kami!
Cuba teka... yang mana satu kek Amie?
Hahaaaa.... malu nak ngaku ler tu!
Terima kasih banyak Kak Yong sebab sangat sabar mengajar kami!
akak punya yang depan sekali tu ke? cantik nampak semuanya...
BalasPadam