Selamat petang semua.
Amie dah siap masak untuk makan malam.
Kami makan malam lebih kurang pada pukul 6 petang, sebaik sahaja Firdaus, Fairuz dan Encik Suami pulang. Maklumlah, waktu Maghrib di LD lebih cepat 1 jam berbanding di Malaya, jadi semuanya perlu siap sebelum pukul 6. Firdaus pula, lebih suka makan ayam dan telur berbanding ikan dan lauk lain. Kalau lauk ayam, dia makan sendiri. Kalau lauk ikan, kitalah yang kena suap dia. Tak apalah, makan bersuap asalkan perutnya kenyang. Maklumlah sehari suntuk di sekolah, banyak tenaga digunakan. Dan, kebetulannya petang ini pun ada lauk ikan, jadi memang kena menyuaplah jawabnya!
Sementara menunggu anak-anak pulang dari sekolah, dan kebetulan hidangan sudah siap tersedia di meja, Amie ambil kesempatan kongsikan salah satu lauk masakan pada petang ini iaitu Gulai Lemak Udang. Seisi rumah memang berselera sungguh apabila menghadap lauk begini. Tak dapat banyak isi, dapat kuah membanjiri nasi putih pun dan cukup sedap!
Jom kita lihat resepinya di bawah ini.
Bahan-bahan:
500 gram udang basah - bersihkan
600 ml santan segar - kisar dari 1/2 biji kelapa
5 batang kacang panjang - hiris serong
2 biji tomato - belah 4
1 keping asam gelugor (nak lebih masam boleh tambah)
garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
7 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah (tak ada bawang merah - gantikan dengan 1 labu bawang besar)
2 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
Cara memasak:
1. Satukan santan, bahan kisar, dan asam gelugor ke dalam periuk.
2. Masak dengan api kecil, dan sentiasa kacau kuah hingga mula mendidih.
3. Masukkan udang, tomato dan kacang panjang.
4. Setelah udang dan kacang panjang berubah warna, masukkan garam / gula / perasa pilihan.
5. Kacau lagi selama 1 minit dan kemudian padamkan api dapur.
P/S Tak tahu bila akan ada bekalan bawang merah!
Wokey....!
Gulai Lemak Udang dah siap.
sedapnya kak, udang ni masak apa pun sedap ya...
BalasPadamkalau makan udang kene suap ke makan sendiri firdaus nya kak? hehehe
Dana,
BalasPadamsuap juga hahaaaaa.
Do this hack to drop 2 lbs of fat in 8 hours
BalasPadamAt least 160000 men and women are hacking their diet with a simple and secret "liquids hack" to drop 2lbs every night in their sleep.
It's simple and works on everybody.
You can do it yourself by following these easy steps:
1) Go get a clear glass and fill it up with water half full
2) And then learn this strange HACK
you'll be 2lbs lighter as soon as tomorrow!