Pages

Ahad, 12 Januari 2020

Nasi Kuning Sabah

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu.
Moga sihat-sihat sahaja dan sentiasa ceria bersama keluarga tersayang.
Apa cerita di pagi minggu ini?
Kali ini Amie nak cerita tentang nasi kuning di Negeri di Bawah Bayu.
Selalu juga Amie kongsikan sarapan nasi kuning di FB. Walaupun Amie sudah kongsikan juga resepi nasi kuning di FB dan juga blog, tetapi masih ada rakan yang keliru dengan istilah ' nasi kuning' yang Amie paparkan. Mereka menyangka nasi kuning sudah semestinya 'pulut kuning'.
Nasi kuning di Sabah bukanlah bermaksud pulut kuning seperti yang biasa kita temui dan makan di Malaya sewaktu kenduri-kendara dan sebagainya. 
Nasi kuing di Sabah merupakan hidangan popular sebagai pilihan terutamanya untuk sarapan pagi. Bahan asasnya ialah beras biasa, terpulanglah nak gunakan beras jenis apa sama ada beras biasa, beras wangi dan sebagainya. Dimasak seperti kita masak nasi lemak, bubuh santan, garam, daun pandan, halia dan jika suka boleh tambahkan serai. 
Biasanya nasi kuning dinikmati bersama sambal ikan dan telur rebus. Bagaimanapun, terdapat pilihan lauk-pauk lain yang digemari seperti sambal ayam, sambal tempe dan seumpamanya.
Untuk paparan berikutnya, Amie kongsikan hasil masakan nasi kuning dalam entri-entri lepas, dan jika berminat untuk mengetahui resepinya bolehlah klik blog link yang Amie sertakan di bawah gambar nasi kuning.



Untuk memenuhi citarasa, bolehlah masak sendiri di rumah.
Kita boleh sediakan mengikut resepi yang dikehendaki, umpamanya pilihan beras, dimasak biasa dalam rice cooker atau dikukus supaya tidak cepat basi.



Anak-anak memang cukup suka kalau Amie masak nasi kuning terutamanya di hujung minggu. Apa yang mereka suka sudah tentulah rasa sambal yang tidak begitu pedas, dan ikan segar. Rasa sambal ikan akan menjadi cacat sekiranya kita gunakan ikan yang tidak segar atau ikan lama yang kadang-kadang terasa gatal bila dimakan.

Kadang-kadang kami makan juga nasi kuning di warung atau restoran. Di sinilah kita akan temui lauk yang agak berbeza, umpamanya lauk sambal ikan seperti ikan selayang, ikan kembung, ikan tenggiri, ikan alu-alu dan sebagainya. Selalu jugalah Amie singgah beli nasi kuning bungkus daun pisang yang dijual di warung-warung tepi jalan sebelum sampai ke tempat kerja. Lain warung, lainlah pula rasa nasi kuning dan sambalnya. Kalau Amie sukakan nasi kuning yang dibeli di satu-satu warung, maka akan berulangkalilah Amie singgah beli.

Kadang-kadang di hari cuti terutamanya pagi minggu kami akan bersarapan di luar, dan pilihan menu yang pertama sudah tentulah nasi kuning. 

 Firdaus memang peminat nasi kuning nombor satu....hiks!

Biasanya kami akan makan habis licin nasi kuning itu!
Namun, kadang-kadang tidak habis juga disebabkan nasi kuning yang terlalu lembik, ada yang tidak masak dan juga ikan dalam sambal yang sudah 'monok'. Monok ini istilah sebelah Encik Suami (Cocos) yang bermaksud ikan yang hampir buruk, sudah lama dan gatal. Ada beberapa kali terjadi, dapat nasi kuning seperti yang Amie nyatakan di atas di kedai atau restoran yang sama. Jadi, pemilik kedai atau restoran perlulah ambil berat tentang rasa dan penyediaan nasi kuning tersebut. Kalau kami yang biasa makan nasi kuning di tempat tersebut, tentu lebih faham dan berharap lain kali makan di situ, ikan yang digunakan tentu lebih segar atau nasi yang dihidangkan tidak lagi terlalu lembik atau ada yang tidak masak. Sayanglah, kalau ada orang yang pertama kali nak makan nasi kuning, tapi dapat hidangan yang mengecewakan. Sudah tentu mereka akan kata, nasi kuning bukanlah sesedap seperti yang diwar-warkan.

Setiap peniaga nasi kuning sudah tentu memiliki resepi mereka yang tersendiri. Hidangan nasi kuning yang lazat sudah tentu akan terus mengundang pelanggan untuk terus berkunjung. 

Rata-rata mengakui nasi kuning enak dinikmati bersama sambal ikan dan juga telur rebus. Walaupun ada pilihan lauk lain, tetapi sambal ikan juga yang menjadi pilihan. Sambal ikan ini pula yang paling sedap kata kawan-kawan dan juga keluarga Encik Suami ialah ikan tuna. Seterusnya ikan kayu atau ikan tongkol. Bagaimanapun, ikan alu-alu dan ikan tenggiri juga sedap dijadikan sambal, selain ikan selayang @ basung, ikan tulai dan sebagainya. 

Selain sambal ikan dan telur rebus, dan adakalanya disertakan dengan sehiris dua mentimun, nasi kuning akan dihidangkan bersama semangkuk kecil sup kosong, dari masakan sup tulang atau ayam. 

Inilah serba sedikit cerita tentang nasi kuning di Sabah.
Seterusnya Amie sambung lagi paparan gambar-gambar nasi kuning yang pernah Amie kongsi dalam blog. Pagi ini sengaja nak ambil semangat untuk masak nasi kuning. Maklumlah, minggu depan in shaa Allah anak-anak bujang akan balik bercuti dari Johor dan Perak. Rindu sungguh suasana makan dan bersarapan bersama-sama! Nasi kuning sambal ikan dan telur rebus sudah tentulah menjadi santapan kegemaran mereka! Jadi, kena rajin-rajinlah masak...ahaks!


Kalau di Lahad Datu, tiada serunding di dalam nasi kuing. Amie jumpa serunding bersama nasi kuning sewaktu di Tawau, ketika beberapa kali bermesyuarat di sana. Menurut rakan di Tawau, memang mereka sediakan sekali serunding bersama nasi kuning, dan kadang-kadang mereka bubuh keropok.







Nasi Kuning Sambal Ikan Tongkol & Serunding Kelapa 




Kalau tak mahu makan nasi kuning dengan sambal ikan, bolehlah pilih lauk lain seperti sambal ayam, sotong, udang dan sebagainya.

Apa pun, setakat ini gandingan mantap nasi kuning sudah tentulah dengan sambal ikan he heheeee!


4 ulasan:

  1. Menariknya! Tak pernah tau ada menu ni. Bila tengok nasi berwarna, jadi lebih berselera makan.

    BalasPadam
  2. kira macam nasi lemak ye kak... sedap nengoknya...
    teringat nasi lemak royale pun warna kuning...

    kalau teringin boleh la cuba nanti kak ya...

    BalasPadam
  3. salam cikgu amie
    Ooooo... maknanya kalau di semenanjung sini boleh kita katakan nasi lemaklah ya ? Tq for the penerangan cikgu amie..cuma diwarnakan kuning tp rasa tu nasi lemaklah ya...macam dulu saya terconpius masa di Trengganu, breakfast sinonim mereka nasi minyak warna KUNING selain nasi dagang trngganu yg guna beras pulut/beras wangi campur( nasi dagang warna putih). Di kelantan pula breakfastnya nasi dagang beras merah dan nasi kerabu (selain nasi impit sambal kerisik, nasi impit n satay n many2 more juadah2 breakfast di negeri kelantan) ...nasi kerabu ni pulak ada 3 jenis warna. Biru, kuning n putih biasa ni (colour nasi ler..ahakss)
    Yg warna biru (by right biru tu warna bunga talang originally) tp banyak dah pakai colouring , yg ini agak kering selain ulam2an sambal kerisik, kuahnya budu masak yg mesti ada utk lawan dgn nasi kerabu biru. Manakala yg kuning n putih pula mesti ada kuah tumis...yumm yummm tersangatlah sedap baik yg budu atau tumis..utk melengkapkan lagi selain ulam2an yg diracik , sambal lada n kerisik kelapa kena ada solok lada, telur asin , jeruk bawang putih n keropok...
    Sekian info utk mereka yg kurang pasti kisah nasi kerabu berwarna2 di kelantan, mcm cikgu amie sudah semestinya lg terror kan part2 ni hehehe..cuma tak best kerisik kelapa style lani dimaniskan ...resepi asal tidak begitu

    BalasPadam