Sewaktu kami berada di Tawau pada 29 Disember 2019 bersamaan pada hari Ahad, kami berkesempatan mengunjungi Tamu atau Pasar Ahad Sabindo yang baru dipindahkan dari Pasar Ahad Takada. Oleh kerana letaknya berdekatan juga dengan hotel kami, jadi kami tidak lepaskan peluang untuk datang. Selepas bersarapan di hotel, seawal pukul 7 pagi kami bergerak ke sini. Memang sangat meriahlah suasananya. Pelbagai jualan ada di sini. Bagaimana pun, tujuan kami ialah untuk mencari makanan tradisi Bugis, kalau-kalau ada.
Terima kasih kepada rakan-rakan Amie yang sangat sporting menemani Amie mencari dan membeli makanan tradisi ini.
Memang selalu jumpa makanan tersebut di Lahad Datu, tapi sengaja mencari di Tawau pula. Rakan yang lain pula walaupun dari Sandakan, Keningau, Tuaran dan Ranau, tetapi mereka menunjukkan minat untuk membeli dan mencuba makanan yang dijual di sini.
Hasilnya, banyaklah kami dapat berkongsi rasa.
Rakan-rakan yang lain beli buras dan tumbu serta lauk-pauknya.
Amie pula tidak lepaskan peluang membeli pelbagai kuih-muih tradisi. Bagaimana pun, sejenis kuih tradisi Bugis iaitu bahulu pecak tidak dibungkus oleh penjual. Barangkali terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga tertinggal apa yang Amie tunjuk. Tidak banyak gerai menawarkan kuih-muih tradisi. Ketika Amie singgah di sebuah gerai yang menjual pelbagai jenis kuih tradisi Bugis, salah seorang pembeli menegur Amie, lelaki yang sudah berusia.
Anak suka makan kuih Bugis?
Ya, saya ingin mencuba.
Alhamdulillah. Syukur. Mudah-mudahan anak suka makan.
Sebelum ini Amie pernah kongsikan sikaporo tapi kali ini sikaporo Tawau pula. Kuih ini rasanya manis, diolah dengan campuran bahan seperti telur, santan, gul a pasir dan terdiri daripada dua lapisan. Lapisan atas berwarna kuning dan lapisan bawah berwarna hijau. Amie kongsikan gambar sikaporo di bawah ini.
Walaupun sudah biasa makan barongko di Lahad Datu, tetapi teringin juga merasa barongko hasil air tangan orang Tawau pula. Tiga bungkus barongko ini dijual dengan harga RM2.
Kadang-kadang barongko yang Amie beli rasanya sangat manis! Kali ini rasanya sedaplah pula, tidak terlalu manis, ada rasa masam pisang dan lemak, barangkali ditambah sedikit garam. Untuk melihat isi barongko di dalam bungkusan daun pisang, bolehlah lihat gambar di bawah ini.
Kuih barongko rasanya manis, diperbuat daripada pisang sanggar atau pisang nipah. Dikisar halus bersama telur, gula dan santan kelapa dan kemudian dibungkus dengan daun pisang dan dikukus. Barongko bertambah sedap jika dimakan sebaik saja keluar dari peti sejuk.
Ini pula putu pesse'. Kuih ini Amie belum pernah temui di Lahad Datu. Putu pesse' dibuat daripada tepung beras pulut, kelapa dan gula. Menurut penjual, gula yang digunakan ialah gula melaka.
Kuih di atas ialah kuih buroncong. Bahan yang digunakan sangat ringkas berupa tepung gandum, gula pasir dan kelapa parut serta sedikit pewarna. Selain warna kuning, selalu juga jumpa kuih buroncong warna hijau dan kadang-kadang tanpa sebarang warna.
Ini pula namanya sanggar janda atau kuih janda. Nama kuih ini Amie perolehi dari penjualnya sendiri. Amie suka makan kuih ini. Makan sebiji, terus kenyang. Apa tidaknya, kuih ini diperbuat daripada ubi parut dan di dalamnya dibubuh pisang! Kadang-kadang terjumpa kuih sanggar janda warna kuning, hijau atau merah.
Seterusnya kita cicipi pisang talamek atau sanggara' balanda. Selalunya Amie jumpa dengan rasa yang sangat manis, tetapi kali ini rasanya tidak begitu manis sebaliknya rasa agak lemak. Pertama kali Amie habis makan dua biji pisang talamek....hiks!
Ini pula kuih katirisala. Selama ini Amie hanya jumpa kuih katirisala pulut hitam, tetapi di sini ada katirisala keladi pula.
Semua kuih-muih yang Amie beli dimasukkan dalam plastik, jadi bila dikeluarkan ada yang kurang sempurna seperti rupa bentuk katirisala pulut hitam dalam gambar di atas.
Ini pula katirisala pulut biasa. Setiap keping katirisala berharga RM2.
Dan tidak ketinggalan kuih sawalla. Kalau kita kuih ini lebih dikenali dengan nama kuih getas. Setelah digoreng, kuih ini disira dengan gula merah.
Tidak lengkap rasanya kalau tidak beli tapai pulut hitam dan tapai pulut biasa.
Inilah hasil buruan kami pada pagi Ahad di Tamu Ahad Sabindo Tawau.
Maka berkenal-kenalanlah dengan makanan tradisi Bugis supaya anda jatuh cinta....ahaks!
wahhhh macam-macam betul ye kuih bugis kat sana kak, kalau kt sini susah sangatlah nk jumpa... buras tu burasak ye kak? tumbu tu macamne rupanya ye kak...
BalasPadamkuih bugis kebanyakkannya memang manis ye kak, takde kuih yang masin atau pedas macam kita punya popia,karipap atau pulut panggang gitu.. kalau balik pontian kadang jumpa jugak kuih-kuih bugis ni kat pasar pagi, tapi takdelah banyak jenis gini kak
Dana,
BalasPadamye, buras tu burasak. Tumbu atau tumbu' itu sama juga cuma diperbuat daripada pulut hitam dan bentuk selinder.
patut ko pergi pasar tani lah.. di situ pun banyak kuek to ugik.. pasar tani sebelah TAS dan di belakang kwong Mibg book store..
BalasPadam"Dapatkan SUPER BONUS NEW MEMBER 150% dalam permainan dan mainkan permainan kesukaanmu hanya dalam 1 user id. Ikuti juga promo menarik lainnya yang kami sediakan hanya di bbet99.fun . 100% TERPERCAYA.
BalasPadamBOLA ONLINE
Agen Bola
Taruhan Bola"
Seronok la explore semua ni kalau di tempat orang...tunggu keadaan okey semula ..SA nak pi LD dan explore...
BalasPadam