Hari ini cuti peristiwa satu hari.
Sempat ikut Encik Suami hantar Fairuz dan Firdaus ke sekolah.
Kemudian kami bersarapan di warung Bandar Tabanac.
Seterusnya ke pasar sayur dan pasar ikan mencari apa yang patut.
Sebentar lagi nak masuk dapur, sediakan bekalan makanan untuk Firdaus.
Huurrmmm... kelmarin rasa sakit kepala seperti hendak pecah!
Barangkali berjemur di tengah panas, menjalankan tugas sebagai hakim lontar peluru sempena sukantara sekolah.. Balik rumah, cari apa yang patut untuk kurangkan sakit kepala. Walaupun sehingga tengahmalam terasa sakit, tapi menjelang pagi rasa pulih seperti sediakala. Alhamdulillah.
Nampaknya tak boleh berkompromi dengan cuaca yang tidak menentu, sekejap panas sekejap hujan. Badan pun dah tak berapa kuat seperti zaman muda dahulu. Memang tabiklah untuk rakan-rakan guru yang turun padang hari Sabtu dan Ahad membuat persiapan untuk sukan. Hari Sabtu ini, merentas desa pula. Selepas Tahun Baru Cina, sukan tahunan sekolah akan dijalankan.
Barangkali disebabkan kesibukan kerja, tiba-tiba Amie benar-benar terlupa Abang Farid ikut bertanding membentang tesis di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan. Sewaktu duduk berehat di tengah bulatan pelontar peluru, menanti peserta Lelaki A dari rumah DELTA melapor diri dan sempat melindungkan wajah dari terik matahari, Amie buka whatsaap keluarga. Terbaca ucapan selamat daripada Encik Suami untuk Abang Farid. Amie pun cepat-cepat tulis: Good luck, abang.
Abang Farid terus jawab.
Saya sudah bentang tadi Mommy. Saya orang pertama bentang tesis.
Aduh!
Seawal pukul 6 pagi Amie sudah berkejar ke komples sukan, sehingga terlupa hari itu, hari penting Abang Farid....huhuhuuuu!
Menurut Abang Farid, sebanyak 23 penyertaan peringkat Master dan Ph.D. Setiap peserta diberikan masa selama 5 minit sahaja untuk membuat persembahan. Abang Farid bentangkan hasil kajiannya yang bertajuk: Melting Me Softly : How Liquid Salt Could Elegantly Remove Sulfur From Fuel?
Syukurlah, Abang Farid berjaya bentangkan tesis sampai selesai. Abang Farid dapat Silver Award. Alhamdulillah.
Pagi ini Abang Farid sudah berada di Seri Iskandar semula.
kene pakai topi yang lebar dan agak tebal kak atau berpayung kalau ada aktiviti tengah panas, sekarang cuaca panas lain macam. Kat Kl ni dh beberapa hari tak hujan, kalau hujan pun sekejap je.
BalasPadamTahniah buat abg Farid,moga terus cemerlang lagi... emaknya bizi sampai terlupa ya
Dana,
BalasPadammemang pakai topi dan bawa payung, topinya pula bertutup macam orang pakai nak halau lebah madu hihiiiii.
Terima kasih ucapannya.