Jom makan laksa asam!
Alang-alang nak makan semangkuk dua laksa asam, baiklah buat lebih-lebih. Boleh agih-agihkan kepada jiran atau keluarga. Betul tak?
Kuah laksa asam ini sama seperti yang pernah Amie buat untuk rumah terbuka sempena hari raya puasa yang lepas. Dah jumpa rasa yang sangat sedap, memang terus jaga resepi itu jangan bagi hilang. Boleh klik di sini untuk resepi kuah laksa asam itu: LAKSA ASAM PALING SEDAP
Sudah tentulah kita tidak akan teragak-agak lagi untuk menggunakan resepi yang sama sebab sudah diuji dan diperakui keenakannya oleh para tetamu...ahaks!
Memang padu betul rasa kuah laksa ini bila bubuh lebih bawang besar dan nanas masak! Walaupun nanas rasa manis, tapi tidak menjejaskan rasa kuah, malah bertambah sedap pula dengan pelbagai kombinasi rasa dan bahan!
Bahan-bahan:
4 bungkus laksa kering - rendam dengan air biasa sehingga bertukar warna putih - celur - toskan
2 kg ikan selayang - bersihkan - toskan (kalau boleh gunakan 2 jenis ikan seperti ikan selayang + ikan kembung - 1 kg selayang + 1 kg kembung)
1 tin besar ikan sardin - pisahkan isi dari sosnya
4 kuntum bunga kantan - belah 4
20 tangkai batang daun kesum
10 keping asam gelugor
4 batang serai - dititik
6 liter air
garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
50 tangkai cili kering - ikut pilihan cili kering masing-masing (boleh tambah atau kurangkan) - ada jenis cili kering pedas dan kurang pedas
20 tangkai cili padi - ikut suka nak bubuh atau tidak
14 labu bawang besar
30 gram belacan - bakar
2 kuntum bunga kantan - hiris kasar
1 biji nanas masak seberat 1kg
4 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
Cara memasak:
1. Rebus ikan selayang dengan menggunakan 6 liter air dan 6 keping asam gelugor. Jangan rebus terlalu lama. Sebaik sahaja air rebusan ikan mendidih, dan biji mata ikan tersembul putih, tutup periuk dan padamkan api dapur. Biarkan sekitar 5 minit sebelum ditapis untuk memisahkan air rebusan dan ikan.
1. Rebus ikan selayang dengan menggunakan 6 liter air dan 6 keping asam gelugor. Jangan rebus terlalu lama. Sebaik sahaja air rebusan ikan mendidih, dan biji mata ikan tersembul putih, tutup periuk dan padamkan api dapur. Biarkan sekitar 5 minit sebelum ditapis untuk memisahkan air rebusan dan ikan.
2. Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam periuk, dan masak sehingga airnya kering.
3. Pisahkan isi ikan dengan tulang dan kepala ikan.
4. Kisar isi ikan bersama air rebusan ikan.
5. Kemudian kisar tulang dan kepala ikan dengan air rebusan ikan dan tapis.
6. Keluarkan isi sardin dalam tin dan pisahkan isi dengan sosnya.
7. Kisar ikan sardin bersama air rebusan ikan.
8. Masukkan kesemua isi dan air tulang ikan yang dikisar serta lebihan air rebusan ikan ke dalam periuk. Tiada penggunaan air biasa selain air rebusan ikan.
9. Setelah kuah mula mendidih, masukkan daun kesum, bunga kantan, serai serta asam gelugor lebihan untuk rebus ikan.
10. Perasakan dengan garam / perasa pilihan dan akhir sekali masukkan lebihan kepingan isi ikan selayang dan ikan sardin.
11. Biarkan mendidih lagi selama lebih kurang 5 - 10 minit dan kemudian padamkan api dapur.
10. Perasakan dengan garam / perasa pilihan dan akhir sekali masukkan lebihan kepingan isi ikan selayang dan ikan sardin.
11. Biarkan mendidih lagi selama lebih kurang 5 - 10 minit dan kemudian padamkan api dapur.
Bahan pelengkap:
hirisan timun
hirisan bawang besar
hirisan nanas
hirisan daun salad
telur rebus
petis
limau kasturi
sambal kicap / hirisan cili padi / cili merah
Bukan main seronok anak-anak buah dapat makan laksa asam! Tak perlu tunggu buat rumah terbuka baru nak makan laksa asam...hiks!
Dan kami di rumah, berulangkali makan laksa. Kuah tak habis, keesokan harinya rebus laksa lagi. Makin dipanaskan, makin sedaplah pulak kuah laksa asam nih!
Allahu.. Sedapnya, lama dah tak buat laksa ni. Last masak masa bulan puasa lalu rasanya.
BalasPadamSedapnya.. balik ni nak g cari ikan la .. nak buat laksa asam gak
BalasPadampuas makan kak... mau dari pagi sampai ke malam layan laksa
BalasPadamTeam Opatgo.com
BalasPadamkumpulan situs judi online via pulsa
Sportsbook,Poker,Slot,Togel,dll
Dengan promo terbanyak dan terbesar
Menyediakan keunggulana deposit via pulsa
Kecur tengok. Saya ni peminat Asam Laksa, tapi tak pernah try buat sendiri..hihi
BalasPadamMadam Maq,
BalasPadamsaya pun kecur liur balik bila melihat laksa asam ini semula...hahaaaa.
Rizziela,
buat, jangan tak buat... sedap!
Norhidana,
BalasPadammemang betul puas makan, tapi dua tiga hari kemudian teringin nak makan lagi hihihiiii.
Ujie,
cuba buat sendiri, boleh bubuh bahan yang kita suka.
Sedapnya laksa asam...ni nak kena buat ni....
BalasPadamWahhh ni bagaikan boleh bg setaman ni..buat banyak2 alhamdulillah jiran2 boleh rasa
BalasPadam