Pages

Sabtu, 27 Julai 2019

Nasi Goreng Tempoyak

Selamat pagi warga Malaya dan Borneo dan juga pengunjung dari negara-negara jiran. Moga pagi ini sentiasa ceria bersama keluarga tersayang, rakan-rakan, jiran tetangga dan sanak saudara. Bagi yang sedang menjalankan tugas, senyum-senyum selalu.... ahaks!

Jom makan Nasi Goreng Tempoyak. Makan sepinggan, kenyang sampai tengahari tau! Mari kita lihat resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
4 cawan nasi putih
2 sudu besar tempoyak
1 cawan dada ayam yang diptong dadu
1 cawan mix vege
1 labu bawang besar - cincang
4 helai daun limau purut - buang urat - ramas
3 sudu besar minyak
1 paket perencah nasi goreng ayam

Bahan kisar:
4 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 sudu besar udang kering - rendam hingga lembut - toskan

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan dada ayam bersama mix vege. Gaul rata. Biarkan dan gaul sekali-sekala sehingga dada ayam masak.
4. Seterusnya masukkan  tempoyak dan kacau sebati.
5. Masukkan nasi putih bersama daun limau purut diikuti dengan perencah nasi goreng ayam.
6. Gaul mesra dan padamkan api dapur.


Hidangkan bersama taburan bawang goreng, telur dadar dan apa-apa sahajalah yang anda suka! Amie bubuh keropok malinjo yang rasa lemak-lemak pahit tu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan