Teringin nak makan ikan mackerel dalam tin!
Orang selalu kata ikan sardin!
Ikan sardin atau ikan mackerel, hentam saja panggil ikan sardin sebab dua-dua jenis ikan ini duduk dalam tin.... ahaks! Maka dari dahulu sampai sekarang kita pun panggil saja sardin! Sardin pun sardinlah labu....hiks! Dua-dua jenis Amie suka, ikan sardin atau ikan mackerel. Kali ini tangan 'terambil' tin mackerel pulak! Tak apalah. Kita nak masak sambal cili padi tambah belacan! Aroma belacang semerbak satu dapur! Sedap nih buat lauk makan nasi di kala perut sedang berkeroncong!
Biasanya kalau Amie masak sambal sardin atau sambal mackerel, Amie akan hancurkan isinya. Kali ini Amie hancurkan separuh dan biarkan separuh. Tak cukup sambal ikan mackerel, Amie goreng telur dadar. Encik Suami pula minta masakkan sayur bening. Walllaaaaa.....!
1 tin mackerel - asingkan isi dan sos - separuh ikan mackerel dihancurkan - selebihnya dibiarkan begitu sahaja
1 cawan isi petai - jika besar hiris dua
4 sudu besar minyak
1 labu bawang besar - hiris
1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 3/4 cawan air
garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
30 biji cili padi
2 cm belacan
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar hingga layu.
2. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan pati asam jawa, dan sos ikan mackerel. Gaul sebati dan masak hingga kuah mendidih.
4. Seterusnya masukkan ikan mackerel (yang sudah dihancurkan dan yang selebihnya) dan juga petai.
5. Biarkan masak seketika dan kemudian perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
6. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Maaf!
Cili padi tu main campak saja, tak buang tangkai pula!
Apa pun, pedas-pedas sambal belacan cili padi, bila tergigit cili padinya barulah terangkat sampai berasap telinga!
hati2 jangan sampai tergigit cili
BalasPadam