Jumpa lagi.
Moga sihat sejahtera dan gembira di samping keluarga tersayang.
Assalamualaikum.
Terima kasih kerana masih sudi bertandang ke dapar maya ini. Terima kasih buat follower baru, dan terima kasih daun keladi buat semua followers yang setia bersama sejak dahulu kalan...hiks!
Hari ini Amie ingin kongsikan resepi paling mudah untuk menghasilkan jeruk timun. Jeruk timun ini menjadi kegemaran Encik Suami sejak zaman bujang lagi. Selepas kahwin, bila teringin rajin pula dia buat sendiri. Macam sedap jew dia makan! Krup karap kruuupp kraaap tak kita pagi ataupun petang! Selagi belum habis jeruk timun, selagi itulah asyik makan!
Pagi tadi kami ke pasar sayur dan pasar ikan. Walaupu keluar awal pagi, lebih kurang pkul 6 tetapi nak cari tempat letak kereta punyalah seksa! Terpaksa parking jauh di tepi laut, dan berjalan kaki menuju ke pasar. Elok jugalah dapat berjalan kaki pepagi, dapatlah buat senaman ringan, dan bakar kalori.
Lama tak nampak timun kampung di pasar!
Tanpa banyak fikir Encik Suami terus beli. Dalam hati Amie, tentu dia nak buat jeruk timun! Tak apalah, sampai rumah nanti Amie buatkan. Selepas hantar Amie balik rumah dengan sayur dan ikan, Encik Suami keluar untuk meneruskan kerjanya.
Kita cuci bersih timun dan toskan seketika. Kemudian potong sedikit bahagian tangkai dan ekornya. Timun potong 2. Setiap potongan pula dibelah 4. Setiap belahan tadi dipotong lagi antara 4-5 potongan tetapi jangan sampai putus.
Susun timun dalam sebuah bekas. Taburkan 1 sudu kecil garam dan 3 sudu besar gula. Tuangkan 3 sudu besar cuka. Jika suka perahkan jus limau kasturi. Ini akan menambah aroma wangi jeruk timun. Jika suka pedas, masukkan cili padi yang dibelah tapi tak putus.
Tutup rapat bekas berisi jeruk timun dan biarkan lebih kurang semalaman sehingga keluar air dan rasanya menjadi sebati. Boleh simpan dalam peti sejuk. Bagaimanapun biasanya belum sampai 1 jam Amie buat jeruk timun, Enck Suami sudah mula makan! Tak sabar nak makan sebenarnya tu! Untuk kali ini, sudah tentulah Encik Suami akan menikmatinya di sebelah malam selepas pulang solat tarawih.
Setelah 45 minit, beginilah hasil jeruk timun!
sedap nie, teringat pula zamn sekolah selalu beli, siap minta orang tu bagi air/kuah banyak2.
BalasPadamSesuai sangat utk berdiet ni Amie..tq for the recipe ya.
BalasPadamKena cuba ni.tq anie
BalasPadam