Selalu dengar orang sebut Ayam Palekko.
Dan selalu juga makan Ayam Palekko.
Di mana boleh dapat Ayam Palekko?
Di kedai makan.
Di pasar tani.
Di bazar Ramadan.
Di gerai-gerai jualan yang diusahakan oleh anak-anak murid ketika diadakan aktiviti khidmat masyarakat atau aktiviti kokurikulum di sekolah!
Apa rasa Ayam Palekko?
Pedas.
Ada yang terasa sangat pedas oleh cili padi kampung! Ditrambah dengan lada putih atau lada hitam! Ketika makan, sempat air mata berguguran! Tu belum tengok mulut lagi... melelehlah dicelah bibir menahan kepedasan!
Makan dengan apa?
Tradisinya makan dengan buras, tapi kami biasa makan dengan nasi juga.
Cara memasak Ayam Palekko ini juga agak menarik kerana daging ayam dipotong saiz kecil. kalau biasanya kita potong seekor ayam menjadi 12 ketul, untuk masakan Ayam Palekko ini potonglah menjadi 24 atau 36 keping, atau mahu kecil lagi, jadikan 48 ketulan kecil!
Hasil masakan, terpulang sama ada inginkan yang kering, pekat atau berkuah.
Untuk lauk berbuka petang tadi Amie cuba masak Ayam Palekko, hasil cerita-cerita dan perkongsian dengan rakan-rakan sejak sekian lama, tapi baru nak cuba masak. Resepi asalnya, ibu saudara rakan Amie berikan beberapa tahun lepas, dengan menggunakan itik tapi manalah nak dapat itik! Yang Amie ingat sangat ialah penggunaan cili padi kampung dan juga lada putih. Katanya kalau gunakan itik, kenalah masak agak lama sedikit supaya itik empuk dan meresap sebati bahan perencahnya. Ayam Palekko yang sedap, katanya dari ayam kampung atau ayam pencen.
Amie tak ada ayam kampung, tak ada ayam pencen apalagi itik!
Amie masak gunakan ayam daging, ayam ternak...hiks!
Jom kita lihat resepinya di bawah ini. Gambar Ayam Palekko Amie di bawah ini belum mencapai piawaian sebenar sebab potongan daging ayam masih agak besar. Kena potong dua lagi tu Amie...hiks!
1 kg daging ayam - potong saiz kecil
2 batang serai - ketuk
1 sudu kecil lada putih - tumbuk
4 sudu besar minyak
1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 3 sudu besar air
3 cawan air
garam / gula / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
30 biji cili padi kampung
3 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
Cara memasak:
1. Masukkan ayam ke dalam sebuah bekas. Masukkan 1 sudu besar bahan kisar dan bancuhan air asam jawa. Gaul sebati dan ketepikan lebih kurang 15 minit.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar serta serai sehingga terbit minyak.
3. Masukkan ayam yang diperap dengan bahan kisar tadi, dan gaul rata sehingga ayam bertukar warna.
4. Tuangkan air sehingga melepasi paras daging ayam.
5. Tutup kuali dan biarkan sehingga ayam empuk dan kuah mulai pekat.
6. Masukkan lada putih, garam / gula / perasa pilihan.
7. Jika suka masakan keing atau kuah pekat, masaklah agak lama sedikit tetapi kalau sukakan masakan berkuah, bolehlah padamkan api dapur setelah daging ayam empuk.
Ini Ayam Masak Palekko berkuah yang Amie beli di Bazar Ramadan kelmarin petang. Bekas anak murid Amie yang menjualnya. Alhamdulillah, sedap rasanya. Dan di bawah ini diberikannya Amie perencah segera untuk memasak Ayam Palekko dari kilangnya sendiri.
Hasil masakan Ayam Palekko ini bergantung kepada penggunaan bahannya. Kalau gunakan kunyit hidup dan cili padi kampung berwarna hijau, hasilnya lebih menyerlah warna kuning kehijauan. Amie gunakan cili padi kampung campur hijau dan merah, dan tambah serbuk kunyit 1/2 sudu kecil. Hasilnya seperti di bawah.
Alhamdulillah.
Fairuz sangat suka makan Ayam Palekko bersama nasi. Katanya, rasanya pedas tapi sedap!
Encik Suami tangguhkan makan Ayam Palekko kerana agak bimbang perutnya akan meragam akibat kepedasan cili padi semasa solat tarawih. Pulang dari solat tarawih, memang dia terus ke dapur, buka tudung saji. Mungkin mencari Ayam Palekko.
Boleh try ni..tgk resipi mcm sedap..sesuai ngan lidah akk.
BalasPadamBoleh try ni..tgk resipi mcm sedap..sesuai ngan lidah akk.
BalasPadamKak Amie, klu mo lg sedap jgn guna asam jawa. Gunakan asam mangga. Mantap tu....masakan bugis bah ni...
BalasPadamMacam mana letak asam mangga tu?!!
PadamTq...nnti saya cuba
BalasPadamtak perlu lengkuas?
BalasPadamThks
BalasPadam