Assalamualaikum.
Salam sejahtera di petang Jumaat yang penuh keberkatan, sempena 1 Rejab 1440 Hijrah. Semoga amalan sepanjang bulan ini dan bulan seterusnya sehinggalah menjelang bulan Ramadhan sentiasa mengundang rahmat dan berkat dari-Nya. Aamiin. Nampaknya, hanya kira-kira 60 hari sahaja lagi untuk kita melangkah ke ambang Ramadhan al-Karim.
Jom main masak-masak di dapur maya.
Kali ini Amie kongsikan menu Udang Galah Masak Sos Lada Hitam pula. Cara penyediaannya pun mudah dan tidaklah begitu rumit kerana bahan yang digunakan pun memang sentiasa ada dalam simpanan di dapur kita. Amie tambahkan brokoli, dan kalau tak mahu brokoli bolehlah tukar dengan kacang buncis atau kacang panjang, atau juga lobak. Bubuhlah apa pun sayur lain yang digemari, tidak menjadi kesalahan pun....hiks!
500 gram udang galah - bersihkan - perap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit selama 15 minit
200 gram sayur brokoli - potong ikut suka
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar minyak
Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 labu bawang besar
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga terbit bau.
2. Masukkan udang galah, sos lada hitam dan sis tiram. Gaul rata dan biarkan masak sehingga udang berubah warna.
3. Kemudian masukkan sayur brokoli, dan tutup kuali selama 2 minit.
4. Buka penutup kuali, dan kacau bahan masakan beberapa kali. (Jika perlu boleh tambahkan garam / gula / perasa pilihan)
5. Padamkan api dapur.
Bismillah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan