Pages

Jumaat, 8 Mac 2019

Rendang Kerang Tanpa Santan

Tiba-tiba teringin sangat nak makan rendang kerang dengan nasi himpit!
Kerang sudah ada, tapi nasi himpit tidak ada. Yang ada hanyalah lemang segera. Bolehlah. Jom kita mula masak. Dah siap semua bahan untuk dimasak, santan pulak tumpah! Adeeeehhhh... menangis tak berlagu gue! Apa pun hidup mesti diteruskan beb! Boleh kota masak rendang tanpa santan? Jom kita cuba.

Bahan-bahan:
2 kg kerang - rebus - buang kulit
3 sudu besar kerisek
1 helai daun kunyit - hiris halus
1 keping asam gelugor
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
4 batang serai - hiris
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
20 biji cili padi
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar.

Cara memasak:
1. Panaskan minyak, dan tumis semua bahan kisar sehingga terbit bau.
2. Masukkan asam gelugor, kerang, dan kerisek.
3. Gaul rata dan masak sehingga terbit minyak.
4. Masukkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya dan taburkan hirisan daun kunyit.
5. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.


Inilah rupa Rendang Kerang Tanpa Santan. Dapatlah makan dengan lemang segera! Alhamdulillah. Boleh diterima tekak yang memang tak berapa cerewet nih hihihiiii!

Bila merendang kerang, teringat suasana hari raya di kampung laman!
Rindu Bonda!
Rindu kampung!
Rindu segalanya!
Allahu Akbar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan