Pages

Rabu, 6 Mac 2019

Rusa Goreng Kunyit

Entri terakhir sebelum beradu : Rusa Goreng Kunyit.
Inilah antara resepi yang simple dimple, tak banyak songel...hiks!
Cuma syaratnya, untuk rasa manis daging segar cuba dapatkan daging rusa yang muda. Jadi tak perlu risau liat dan sebagainya, dan tak perlu direbus terlebih ahulu atau masak lama-lama. Hiris nipis-nipis sahaja.

Bahan-bahan:
400 gram daging rusa - hiris nipis - perap dengan garam dan sebuk kunyit selama 30 minit
10 batang kacang panjang - potong 3 cm
10 biji cili padi
1 sudu kecil perencah Cukup Rasa
1  sudu besar sos tiram
4 sudu besar minyak

Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 labu bawang besar

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga wangi.
2. Besarkan api dapur dan masukkan daging rusa yang diperap.
3. Kacau dan biarkan seketika sehingga kelihatan layu.
4. Masukkan cili padi, kacang panjang, dan sos tiram. Gaul rata.
5. Setelah kacang panjang berubah warna, taburkan perencah Cukup Rasa. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.

Hidangkan panas!

3 ulasan:

  1. Assalam amie.. mcm mana rasa dgg rusa.. alahai x pernah mkn la pula

    BalasPadam
  2. sedapnya.... terliur menengoknya
    dahla nk daging rusa ssh sikit

    BalasPadam
  3. Rosa,
    biasa saja rasanya,
    saya lebih suka lembu dan lamb he heeee.

    Norhidana,
    memang susah sikit nak dapat daging rusa, kadang2 saja ada orang jual.

    BalasPadam