Pernah menikmati hidangan Nasi Beras Perang & Ayam Pop di Restoran Grand Sari Ratu Prima di Subang Jaya?
Sekiranya anda sudah menikmatinya, anda telah membuat pilihan yang bijak dalam menjaga diet pemakanan anda. Dan sekiranya belum, cuba luangkan masa untuk menikmatinya di restoran masakan asli dari Padang yang menghidangkan pelbagai jenis lauk-pauk yang sentiasa menggamit selera, namun di sebaliknya restoran ini juga turut menghidangkan pilihan menu yang menyihatkan dalam set Nasi Beras Perang & Ayam Pop!
Inilah rupa Ayam Pop (singkatan daripada perkataan Ayam Popular). Istimewanya Ayam Pop ini ialah penggunaan ayam kampung yang dikukus terlebih dahulu sebelum digoreng sebentar dalam minyak yang betul-betul panas! Haaa... mana lagi nak cari ayam kampung di tengah-tengah kota kalau bukan di Restoran Grand Sari Ratu Prima ini!
Rasa Ayam Pop?
Sudah tentulah lebih manis semula jadi dan kurang pula lemaknya. Liat? Tidak sama sekali kerana ayam kampung ini bukan jenis ayam tua, tetapi diternak khas untuk tujuan masakan.
Gandingan Ayam Pop dengan Nasi Beras Perang sudah tentu menghasilkan set hidangan yang sihat dan berkhasiat. Sekiranya anda mementingkan kesihatan, sudah pasti anda akan teruja untuk mencuba Nasi Beras Perang yang dipercayai mampu mengenyangkan dalam masa yang panjang kerana beras perang mempunyai sumber fiber yang baik. Selain itu, gula dalam darah juga dapat dikawal kerana pengambilan nasi beras perang ini dapat mengawal nafsu makan anda! Dan sudah tentunya membantu anda mengawal berat badan, serta mengurangkan kalori dan masalah kolesterol yang tinggi.
Teruja untuk mencubanya?
Jom, kita cuba Nasi Beras Perang, hasil tanaman padi huma yang didatangkan khas dari Indonesia. Ia ada sedikit rasa seperti kekacang, dan agak kenyal.
Jom kita semak harga Ayam Pop yang ditawarkan di sini. Ayam Pop (Ayam Kampung Pop) hanya berharga RM10.00 sahaja dan nilainya memang mampu dibeli oleh setiap pelanggan yang berkunjung ke sini.
Set Nasi Beras Perang dan Ayam Popo didatangkan bersama pucuk ubi celur sebagai ulaman berserta sambal kicap yang pekat dan menyelerakan!
Kicap cili yang dijadikan pencecah lauk nasi beras perang mempunyai kepelbagaian rasa dalam satu cecahan! Bayangkan apabila berada di hujung lidah, anda dapat merasakan kepedasan yang disertai dengan rasa lemak manis, serta aroma daun limau purut ditambah dengan sedikit bawang putih dan bawang merah. Sudah tentunya anda ingin meneruskan cecahan seterusnya apabila terasa asam dari perahan jus limau nipis sebagai pelengkap kicap cili tersebut!
Sebagai peminat hidangan nasi padang, anda mempunyai pilihan untuk menentukan diet harian anda. Kalau selama ini anda sudah puas mencicipi pelbagai lauk lain yang memang mengancam selera, apa salahnya kali ini memilih Nasi Beras Perang dengan Ayam Pop pula!
Jangan lupa, selepas menikmatinya pesanlah sebungkus untuk dibawa pulang sebagai buah tangan buat orang yang tersayang!
Untuk lebih lanjut bolehlah kunjungi: GRAND SARI RATU PRIMA yang terletak di No.2, GF, East Wing Consplant 1, Jalan SS 16/4, 47500 Subang Jaya.
Bagaimana untuk ke Grand Sari Ratu Prima Consplant? Sila klik di sini : Panduan halatuju ke Grand Sari Ratu Prima Consplant, 40150 Subang Jaya Selangor, Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan