Ingin santai-santai merendam kaki di dalam air sungai sambil menikmati geselan ikan-ikan jinak? Tak perlu tergesa-gesa melirik jam tangan bimbang masa tidak mengizinkan untuk berlama-lama di sini. Kunjungi saja Fish Spa, Bombon Kampung Marakau di Ranau, Sabah. Nak duduk bertapa sehari suntuk dari pagi sampai petang pun tak apa.
Sebelum tiba di sini, kami 'disesatkan' oleh Pak Waze hihihiii.
Entah berapa kilometer terlajak melepasi Kampung Marakau, dan akhirnya kami bertanya kepada seseorang tentang tempat ikan yang terkenal di sini. Katanya, kami sudah terlajak jauh dan dia pun membantu kami mencari jalan keluar. Tiba di satu simpang, Encik Suami terus memandu melalui jalan kampung!
Makin lama, rasa seram pula sebab jalan kampung semakin mengecil dan di kiri kanan dipenuhi semak dan hutan! Encik Suami memandu keluar dan kami putuskan untuk patah balik ke Ranau! Tiba di persimpangan jalan, tiba-tiba mata terpandang beberapa buah kereta di hadapan pondok kecil berhampiran sungai! Eh...! Itulah dia Fish Spa Bombon Kampung Marakau!
Oleh kerana ceita ini sudah lama berlalu, ingat-ingat lupa pulalah harga tiket yang dikenakan. Mungkin RM4 untuk seorang, dan harga makanan ikan pula sebanyak RM1 untuk sebungkus.
Tak sabar untuk masuk sungai menyentuk ikan-ikan jinak! Terdapat ikan koi, lampam jawa, ikan emas, ikan talapia dan juga belut di sungai ini. Kalau nak tengok belut, bolehlah minta pekerja di situ 'memangilnya' sebab belut tersebut bersembunyi di celah-celah batu di tepi sungai.
Melihat pelbagai jenis ikan berenang bebas di tepian sungai berair jernih sudah cukup membuatkan rasa kagum menikmati keindahan alam semula jadi dengan flora dan fauna yang masih terpelihara.
Saiz ikan di sini juga agak besar dan Amie terdengar petugas di situ menyebut ikan yang paling berat ialah sekitar 11.5 kg seekor! Mari kita panggil ikan ini untuk makan.
Jinak-jinak sungguh ikan di sini.
Petugas di situ membantu Encik Suami agar ikan-ikan di situ datang mengurut kaki. Makanan ikan dijadikan satu kepal besar dan diselit di antara dua betis, jadi ikan-ikan tadi akan datang berebut-rebut untuk mendapatkan makanan tadi. Secara tidak langsung berlakulah geselan di antara badan ikan di kaki Encik Suami.
Firdaus tak mahu lepas peluang. Dia pun nak bagi makan ikan juga!
Seronok melihat Fairuz dengan ikan-ikan jinak mengelilingi tangannya yang berisi makanan ikan.
Firdaus pula, setelah habis makanan ikan sebanyak 5 bungkus tak mahu keluar dari sungai. Seperti biasa, ' mengamuklah' bujang kecil ini. Kami tak boleh berlama-lama di sini kerana perjalanan panjang perlu di teruskan dari Ranau ke Lahad Datu. Kami singgah di sebuah kolam ikan berhampiran sungai. Di sinilah tempat anak-anak ikan membesar sebelum dilepaskan ke dalam sungai.
Firdaus merendam kakinya di sini.
Ambil masa juga untuk pujuk supaya Firdaus angkat kakinya dari kolam.
Dia masih leka bermain air dan melihat ikan-ikan jinak.
Kemudian kami melihat burung-burung yang bersarang di situ.
Melihat musang yang comel!
Rusa yang jinak.
Dan juga kura-kura gergasi.
Ada juga ayam.
Landak!
Tak dapat rakam gambar sebab landak bersembunyi di dalam sanun!
Kami terpaksa tinggalkan tempat ini untuk meneruskan perjalanan ke Lahad Datu.
Jumpa lagi ikan-ikan jinak!
comel betul firdaus ni, tak takut pulak tu dengan ikan2 yang dok berkumpul dekat dia :D
BalasPadam