Pages

Isnin, 14 Januari 2019

Tempat Makan Best di Tawau - Kopi Shake & Nasi Payau

Kami menemui salah sebuah tempat makan yang memenuhi citarasa, perkhidmatan yang cepat dan mesra dan menjentik hati kami untuk bertandang lagi. Tempat makan ini terletak di Ground floor,lot 56,4104,block d,bandaran baru IIJalan Haji Karim, Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah, berhampiran dengan tempat penginapan kami di Hotel King Park. Jalan kaki sahaja pun boleh, tak sampai tiga minit menapak dari hotel. 

Perjalanan selama lebih 2 jam dari Lahad Datu memang melelahkan. Tambahan pula Fairuz dan Firdaus ikut serta. Amie sebenarnya akan menghadiri mesyuarat pada keesokan harinya (10-12 Disember 2018). Sesekali berkunjung ke Tawau, memang kami akan bawa anak-anak menginap satu malam di hotel, dan keesokan paginya Encik Suami akan memandu pulang ke LD. Seperti pucuk dicita, ulam mendatang. Ketibaan kami di Kopi Shake & Nasi Payau ini diperkenalkan dengan menu makanan laut yang menggoda. Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan!
Untuk hidangan satu set makanan laut yang terdiri daripa ketam, udang, kerang dan sotong, hanya berharga RM35 sahaja. Harga tersebut sebenarnya sekiranya kita memesan masakan yang sama, misalnya keempat-empat jenis makanan laut ini dimasak sekali seperti  mengikut kategori seperti masakan bercili, atau masakan buttermilk, black pepper atau juga kita memilih masakan sweet & sour. 
Sekiranya kita tidak mahu keempat-empatnya dimasak dengan rasa yang sama, kita boleh memilih untuk 4 jenis masakan dengan tambahan bayaran sebanyak RM15. Ini bermakna dari harga RM35 untuk satu set shellout menjadi RM35 dengan empat rasa masakan yang berbeza.
Kami memilih 4 rasa masakan yang berbeza untuk set shellout 4 jenis iaitu ketam, sotong, udang dan kerang.

 Tidak perlu menunggu lama untuk membasahkan tekak!

Sementara menanti hidangan shellout tiba ke meja, belek-belek dahulu menu lain yang ditawarkan.


Set hidangan shellout 4 rasa masakan pun sampai di hadapan kami bersama dengan nasi putih. Ketam masak cili, udang buttermilk, sotong goreng celup tepung dan juga kerang. Bismillah.

Selain rasa udang buttermilk yang sangat sedap itu, Amie terpikat dengan ketam masak cili. Puas rasanya meratah ketam yang penuh dengan telur!

3 hari kemudian, Encik Suami kembali semula bersama Fairuz dan Firdaus untuk mengambil Amie pulang dari mesyuarat. Sekali lagi kami anak-beranak bermalam di King Park Hotel. Rupanya, sewaktu Amie sedang bermesyuarat Encik Suami bersama anak-anak makan sekali lagi di sini sementara menunggu waktu untuk check in hotel. Dan sebelah malamnya pula, kami bersama-sama lagi mengunjungi Kopi Shake & Nasi Payau (Kopi Shake Cafe) untuk mencuba masakan lain selain shellout.

Kali ini kami mencuba hidangan barat pula, iaitu set wester dulang. Sementara menanti hidangan tiba, sempat ragam aksi dua beradik yang asyik berkelahi ini. Marah sungguh Fairuz apabila Firdaus mengambil minumannya kerana minuman Firdaus belum sampai!

 Makan sedulang berdua dengan Firdaus. Kenyang!

Minggu lepas, sekali lagi Amie bermesyuarat selama 4 hari di Tawau, dan kami bercadang untuk berkunjung ke Kopi Shake Cafe pada malam terakhir. Kali ini Amie akan bersama rakan-rakan pula. Sayangnya, cafe tersebut ditutup kerana khabarnya sedang dalam penambahbaikan. Jadi, terpaksalah kami batalkan hasrat untuk bershellout di situ.

Mudah-mudahan ada rezeki lagi untuk menikmati hidangan di sini, terutamanya Tower Kopishake!

1 ulasan: