Pages

Isnin, 14 Januari 2019

Tempat Makan Sedap di Tawau - Nasi Lemak Guru Besar

Ada sebuah tempat makan sedap yang sering kami kunjungi sewaktu berada di Tawau, tetapi Amie terlupa untuk menulis entri mengenainya. Tempat yang Amie maksudkan ialah Nasi Lemak Guru Besar yang terletak di Jalan Dominic, Bandar Tawau. Tempatnya agak tersorok tetapi menjanjikan suasana yang lapang dan santai serta tempat letak kereta yang agak luas untuk para pengunjung.


Walaupun terpampang Nasi Lemak Guru Besar, bukan bermaksud hanya nasi lemak sahaja yang dihidangkan di sini. Ada beberapa jenis menu pilihan lain yang tidak kurang sedapnya berbanding nasi lemak.



 Ada laluan refleksologi dan juga air pancur di sudut kawasan restoran.

 Bujang kecil Firdaus memang akan memesan roti jala dan popis sekiranya datang ke sini!

 Jangan sesiapa berani ambil popianya! Hahahaaa....
Perang dunia ketiga nanti jadinya....hiks!

Set roti jala atau roti renjis gaya Restoran Nasi Lemak Guru Besar ini dihidangkan dengan kuah kari udang, dan juga sambal dengan harga RM6.

 Encik Suami tidak lepaskan peluang memesan Mee Kari Udang Muar kegemarannya.

Amie pula mencuba Mee Rebus Guru Besar. Kuahnya sedap! Kalau boleh nak minta tambah lagi....hiks!


Ini dia Nasi Lemak Ayam Rendang pesanan Fairuz.

Jom kita lihat sebahagian senarai menu dan harganya. Rasanya harga yang dipaparkan pun memang mampu bayar. Tidaklah terlalu mahal jika dibandingkan dengan khidmat dan rasanya yang boleh diterima. Amie lihat di sini, pelbagai kaum datang berkunjung termasuk Cina.



Terakhir kami berkunjung ke sini pada Disember 2018. Encik Suami pun suka bawa anak-anak makan di sini sewaktu Amie sedang bermesyuarat.


 Firdaus tetap setia dengan pesanan roti jalanya!






Kalau datang di sebelah petang, kami pesan makanan goreng-gorengan seperti pisang goreng keju dan juga popia.



 Jom kita cuba Laksa Penang pula.

Laksa Penang di sini siap dengan tambahan sambal!


 Jangan lupa singgah makan di sini kalau berkunjung ke Tawau!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan