Pages

Ahad, 13 Januari 2019

Apa Ada di Pasar Malam Sinsuran Kota Kinabalu

Masih lagi cerita Disember 2018 di Kota Kinabalu.
Barangkali petang Jumaat....he heheheee ingat-ingat lupa pulak. Ye, petang Jumaat bersamaan 28 Disember. Kereta buat hal, dan Encik Suami terpaksa bawa ke bengkel. Selepas solat Jumaat, kami mencari makan di Plaza Shell. Kemudian, Farid dan Firdaus berehat di hotel, sementara kami bertiga, Encik Suami dan Fairuz meronda jalan lagi. Amie mencari kerongsang di Pasar Kraf Tangan Kota Kinabalu, dan setelah membeli beberapa pasang, kami keluar ke bahagian belakang, terus bertembung dengan gerai makanan laut di Pasar Malam Sinsuran.
Melihat pelbagai jenis hidupan laut, teringin untuk makan tapi perut masih kenyang sebab baru sahaja makan di D'Place.
Jadi, tangkap gambar sahajalah buat tatapan mata.

Kalau ingin menghayati dan merasai keriuhan pelbagai jenis pasar, di sinilah tempatnya, di Jalan Sinsuran. Macam-macam ada! Ada ikan kering, udang kering, sotong kering, kima kering, kuih-kuih tradisional, buah-buahan dan seribu macam benda!
Amie tangkap gambar yang Amie suka saja...hiks!
Kalau buah-buahan tempatan seperti manggis dan mangga, jangan tanya harga... mahal nak mampoi! Ketika kami sampai, hari hampir senja, tetapi ramai pula pelancong dari Korea yang masuk ke sini. Hari ini entah berapa kali terserempak dengan bas besar yang membawa pelancong dari Korea. Awal pagi lagi sewaktu kami bersarapan di Jesselton, memang penuh pelancong Korea di situ!


Segala macan seafood ada dijual di sini. Lobster, udang, sotong, ketam, ikan dan entah apa lagi. Nampak meriah sungguh.


 Untuk menikmati seafood sepuasnya, jangan makan dengan nasi...ratah jew....hiks!





Kita tinggalkan gerai-gerai seafood yang menjual makanan laut yang sudah siap dimasak dan dipanggang.




 Kita beralih melihat gerai makanan laut di bahagian dalam pula. Kami pernah makan di gerai begini, dan rasa makanan yang dimasak memang sedap, panas-panas lagi!

 Macam-macamlah rupa bentuk ikan dan lobster!


 Kata penjual di situ, ini jenis Australian Lobster.

 Lobster, udang, ketam, dan scallop atau kekapis.


 Ikan kutambak pun ada, selain kerabu dan nyok-nyok.


 Cantik pula kulit lobster yang berbintik-bintik merah coklat itu.

 Beberapa jenis ikan bayan.

 Hadoooiii!
Giler!


 Udang ketak pun ada juga.


 Lagi.... keluarga lobster, hanya berbeza dari segi warna kulit!

 Pelbagai jenis ikan.
Amie tahu, kalau berhenti makan di gerai ini, Encik Suami akan pilih ikan belais!



Pasar Malam Sinsuran yang sentiasa meriah ini dibuka pada setiap hari, dan di bahagian belakangnya kita boleh melihat suasana laut. Sebelum itu, di tepian laut, terdapat banyak gerai kuih-muih.






Sempat meninjau suasana laut di kala senja.




 Kami terus berjalan ke hadapan, dan memasuki pasar basah. 
Rasanya tidak dapat berpatah balik sebab orang ramai berpusu-pusu  masuk ke pasar ini.





 Besarnya saiz ikan tuna!
Tanya kepada penjual itu, katanya seberat 22.5 kg!

 Rasa nak beli jew ikan ini!
Harganya...ya ampun! Hanya RM6 sahaja!

 Oh! Ada yang sudah dibersihkan, siap dicuci dan kerat ekor sekali! Cantik!

Mungkin sepiring berharga RM5!
Bawa pulang, bubuh garam kunyit, terus goreng!


 Inikah yang dikatakan ikan Uji Rashid yang bermata besar itu?


 










 Selepas pasar ikan, kami melewati pasar sayur pula.



 Kemudian masuk ke pasar buah.













 Kami beli sekilogram jambu air madu, RM10.





Harga manggis berbeza-beza. 
Ada yang berharga RM30 sekilogram
Gambar di atas berharga RM25 sekilogram dan gambar bawah berharga RM20 sekilogram.



 Cukuplah dahulu ronda-ronda pasar.





 Hari pun menjelang malam, Maghrib hampir tiba. Kita pulang dahulu ke hotel.

 Tangkapan terakhir di Pasar Malam Sinsuran, Kota Kinabalu.



 Jumpa lagi!

5 ulasan:

  1. Ya Allah bestnya kak Amie smua fresh2.
    Tima kasih kak amie sudi singgah blog sy..Haha day 5 Taun private n terbiar.skang bari la nak update semula.

    BalasPadam
  2. Bestnya. Bulan 12 ni insyaallah saya akan ke Sabah. Seronok ni dapat makan makanan laut yang segar di pasar malam sinsuran ni.

    BalasPadam
  3. Insyaallah kami akan kesana bln 6 thn depan..

    BalasPadam
  4. Dari entry baru terus kesini. Wahh datang sini semua rasa nak. Seafood fresh, seaafood ready to eat. Syurga makanan sangat ni.
    Jadinya, orang yang sama lah kak Amie jumpa kan. Yang pegang udang tu :)

    BalasPadam