Fairuz bertanya:
Mommy, bolehkah kita pergi Semporna lagi?
Mommy pula bertanya kembali:
Kenapa dik?
Nak makan soto. Sedap!
In shaa Allah, ada kesempatan kita akan datang lagi dik.
Rupa-rupanya Fairuz suka makan soto di Semporna. Kedai makan tersebut terletak di belakang Dragon Inn tempat kami bermalam. Boleh jalan kaki ke situ. Walaupun Encik Suami kata rempah soto agak kuat, tapi disebabkan hidangan yang disajikan cepat dan panas, tidaklah Amie rasakan terlalu kuat aromanya! Mungkin Encik Suami tidak begitu biasa dengan bau rempah.
Sebenarnya, petang kelmarinnya kami makan di sini. Encik Suami, Fuad dan Fairuz memesan nasi ayam penyet manakala Amie memesan Soto Bebola Udang. Bebola udangnya pula bukanlah bebola udang biasa kerana dibuat sendiri menggunakan udang segar, dan isi udang tidak hancur. Masih terasa isi udang ketika dikunyah.
Firdaus pula memesan Soto Bebola Ikan.
Kedua menu ini berbeza harga. Soto Bebola Ikan berharga RM8 manakala Soto Bebola Udang berharga RM10.
Pagi itu, setelah puas meronda kawasan sekitar, kami mengunjungi sekali lagi kedai makan ini, Semporna Hot Soto.
Amie pesan Soto Special.
Fairuz dan Firdaus dengan Soto Daging + Ayam.
Encik Suami dengan Soto Seafood.
Fuad memasan Soto Ayam.
Harga soto yang ditawarkan di Semporna Hot Soto juga mampu beli untuk semua golongan iaitu antara RM8-RM15 mengikut bahan soto yang dipesan.
Sempat juga bawa Fuad makan-makan di Semporna sebelum dia terbang belajar di Johor pada minggu hadapannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan