Pages

Isnin, 10 September 2018

Makan Coto Makassar di Warung Bibik

Kononnya pagi ini nak ke klinik pergigian.
Fairuz pula ke sekolah, ada Pesta Tanglung dari pagi sampai ke malam. 
Amie tak ikut serta.
Amie teruskan hasrat untuk ke klinik.
Nampak di FB, klinik ini dibuka pada pukul 8:30-4:30 pagi.
Eh! Cuti umum pun klinik buka ye? Rajinnya doktor, rajinnya pekerja mereka.
Sampai di hadapan klinik, nampak notis: 10-11 Sept TUTUP.
Pergi ke pasar raya beli-belah sedikit barang dapur.
Layan Firdaus makan dan minum susu.
Kemudian jalan-jalan ke Batu 7 Jalan Silabukan. Encik Suami kata, kawasan Binuang. Dan kami pun singgah di Warung Bibik. Sebelum ini Encik Suami pernah makan di sini bersama rakannya. Kami pun selalu lalu-lalang di kawasan ini tetapi tidak pula berkesempatan untuk singgah.
Alhamdulillah, ketika kami sampai Warung Bibik dibuka dan beberapa buah meja sedang dihuni pelanggan. Aroma kuah Coto Makassar menyentuh hidung!

 Amie dan Encik Suami sepakat memesan Coto Makassar / Coto Perut + Daging.

Firdaus ni kaaann...
Semenjak dua menjak ni manjanya lain macam!
Macam-macamlah yang dimintanya, nak makan itu, nak makan ini. Perut lapar! Perut tak kenyang.
He heeee... nak lepas dendam dekat Mommylah tu sebab selalu kena tinggal.


Warung Bibik teretak di sebelah kanan jalan arah jalan dari Lahad Datu ke Silabukan. Suasana sekitar memang sungguh nyaman, walaupun di tepi jalan raya tetapi pokok-pokok menghijau di kiri kanan jalan menyenangkan mata memandang. Di belakang warung pula terdapat sebatang anak sungai, walaupun airnya cetek tetapi nampak mengalir tenang dan jernih!


Firdaus memang tak boleh nampak sungai atau laut!
Mesti dia merengek-rengek nak dekat-dekat situ, nak sentuh air!
Hadeeehhh!

Dua mangkuk Coto Makassar (di sini dipanggil Coto Daging / Perut) untuk Amie dan Encik Suami dan semangkuk Coto Ayam untuk Firdaus.

 Coto Ayam.

Coto Daging / Perut (Coto Makassar).

Apa maksudnya kalau mangkuk coto begini?
Tentulah sebab rasanya sedap, atau perut sedang lapar yang amat sangat!
He he heee!
Kata Encik Suami: Sedap!
Amie tambah : Dan murah!
Betul! Sungguh murah! Hanya RM6.00 semangkuk! Biasanya di tempat lain, nasi himpit atau buras dikira harga lain tetapi di sini sudah termasuk sekali!




Kata Encik Suami lagi, mungkin menu yang ditawarkan tidak banyak, jadi empunya warung dapat tumpukan perhatian terhadap setiap hidangan untuk pelanggan. Kami tidak perlu menunggu lama untuk menikmati hidangan coto. Tempat makan bersih dan kemas. Pelanggan tidak begitu ramai, tetapi sebenarnya tidak pernah putus kedatangan mereka. Maksudnya, sepanjang waktu, ada sahaja dua atau tiga buah kenderaan dari arah Lahad Datu atau dari arah Tungku yang singgah di situ.

Sebelum masuk warung, kena buka kasut!
Ni dah selesai makan, sarung kasut / selipar semula.

Warung ini terletak di bawah sepohon ketapang yang rendang. Daunnya pun ada yang sudah berwarna kuning keemasan dan berguguran di laman warung. Kiranya inilah musim luruh / autumn di Binuang.

Kami sempat beli ubi kayu, cempedak, cili, kelapa dan sayur-sayuran berhadapan di seberang jalan berhadapan dengan Warung Bibik.

Jom balik LD.

1 ulasan: