Banyak kali dah kongsi resepi Sambal Tomato.
Kali ini Amie kongsikan Sambal Tomato yang Amie masak untuk Bonda semasa singgah beberapa hari di kampung. Bonda tak makan belacan atau udang kering, jadi Amie gantikan dengan ikan bilis. Memang Amie sengaja masak lebih, walaupun Amie tahu tak mungkin Bonda mampu habiskan Sambal Tomato itu. Anak menantu, cucu cicit Bonda memang datang ke rumah setiap hari, jadi bolehlah makan Sambal Tomato bersama-sama. Tak kisahlah makan dengan apa pun...hiks!
Untuk resepi yang biasa Amie buat menggunakan udang kering, belacan dan cili padi, bolehlah klik di sini : Sambal Tomato Sedap.
Sambal Tomato untuk Bonda ini, Amie gunakan apa sahaja bahan yang ada di dapur. Kak Aton kata Bonda tak suka masak gunakan bawang merah, lambat nak buang kulit katanya. Ya, Amie pun faham dengan usia dan keuzuran Bonda. Biarlah ikut apa yang mudah bagi Bonda. Jadi di sini, Amie hanya gunakan bawang besar sahaja.
Amie gunakan lebih 1 kg tomato.
Hiris tomato atau kalau nak potong dadu / cincang pun boleh.
Bawang besar pun Amie gunakan lebih 1kg.
Nak hiris dadu atau cincang pun boleh juga. Ikut citarasa sendirilah ye.
Amie tak gunakan banyak cili padi sebab Bonda tak suka pedas sangat. Amie hanya gunakan15 biji cili merah, buang biji dan 40-45 biji cili padi.
Rendam 1 setengah cawan cawan ikan bilis hingga lembut dan kemudian toskan.
Jangan lupa bawang putih. Amie gunakan 1 setengah labu bawang putih.
Cili merah, cili padi, ikan bilis dan bawang putih dikisar sekali harung.
Panaskan minyak sebanyak 1 setengah cawan ke dalam periuk / kuali.
Goreng hirisan bawang besar hingga kekuningan.
Kemudian masukkan hirisan tomato.
Tumis hingga tomato layu.
Masukkan bahan kisar pula.
Biarkan sambal mendidih kira-kira 10 minit, kemudian perlahankan api dapur.
Masak hingga sambal menjadi pekat, tambahkan perasa pilihan seperti gula, garam dan jika sukakan lebih masam boleh tambahkan asam keping atau asam jawa. Amie tak bubuh sebab lebih suka rasa semulajadi tomato.
Apabila Sambal Tomato telah masak, kesemua bahanmenjadi hancur. Bolehlah padamkan api dapur.
Gambar di bawah ini merupakan Sambal Tomato dari sini: Sambal Tomato Sedap
Sambal Tomato ini Amie bubuh buah keras, cili padi, bawang merah, bawang besar dan bawang putih serta belacan dan udang kering. Rasanya memaglah jauh terangkat...hiks!
Boleh pilih mana satu Sambal Tomato yang berkenan di hati.
terliur! Mmg nampak sedap! ^_^
BalasPadamTak pernah buat sambal tomato, insya Allah boleh try nanti.
Tak pernah lagi ni saya cuba sambal tomato. Nampak sedap juga ya. Lepas ni bolehlah cuba..selalu tu beli tomato untuk buat air asam aje..hehe
BalasPadamUjie,
BalasPadamcubalah, mana tahu menepati selera.
Jaja,
tomato memang sedap kalau dipelbagaikan cara masakannya. Cubalah.