Dari malam tadi Firdaus merengek-rengek minta roti canai. Amie pujuk, esok pagi kita buat roti canai. Firdaus pun tidur. Pagi-pagi lagi dia menagih semula. Sebenarnya tidak ada roti canai, yang ada hanya roti paratha ready made. Atas permintaannya juga, Amie buatkan pencecahnya, iaitu sambal sardin dan kentang masala. Nampak macam tak berapa masuk pula, tapi itulah yang sangat sedap bagi Firdaus!
Encik Suami pesan, lebihkan roti paratha sebab memang ada "raja paratha" di rumah kami ...hiks!
Sambal Sardin itu biasa-biasa sahaja cara olahannya. Amie tumiskan cili kering kisar bersama bawang putih dan bawang merah serta sedikit belacan. Ketika memasak, Amie hancurkan sedikit ikan sardin. Firdaus suka rasa yang agak pedas, itu sebabnya Amie bubuh cili kisar selain hirisan cili merah dan cili hijau.
Untuk olahan Kentang Masala pula, Amie gunakan resepi dari blog Wanithevan's Kitchen Tresure. Resepinya mudah sahaja, dan untuk lebih lanjut bolehlah ke dapur beliau untuk kongsi resepi puree bersama kentang masalah DI SINI. Terima kasih Wanithevan di atas perkongsian resepi anda yang sedap ini!
Jemput makan.
Firdaus makan 2 keping roti paratha!
sungguh pun ready made pratha tu kak, tetap nampak kesedapannya
BalasPadamAnn,
BalasPadamjemput.