Pages

Selasa, 11 September 2018

Cempedak Goreng Rangup di Luar Lembut di Dalam

Kelmarin pagi, selepas menikmati Coto Makassar di Warung Bibik, kami singgah di sebuah gerai jualan pelbagai jenis hasil kampung berhadapan dengan warung. Encik Suami memilih du biji cempedak seberat 3 kilogram. Pagi ini Amie goreng kesemua cempedak tersebut. Amie tidak gunakan resepi yang menggunakan pelbagai bahan sebaliknya Amie gunakan bahan yang sangat mudah mengikut citarasa sendiri. Sukatannya pun gunakan sukatan orang kampung saja, tak perlu timbang-timbang.

Resipi : Cempedak Goreng Rangup di Luar Lembut di Dalam

Bahan-bahan:
2 biji cempedak - seberat 3 kg - ambil isinya
3 cawan tepung gandum
2  1/4 cawan air
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula pasir
1 paket ENO (4.3 gram)
1 titik pewarna kuning telur
minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar. 
2. Tambahkan garam, gula dan air. Kacau sebati.
3. Masukkan serbuk ENO dan kacau rata.
4. Panaskan minyak untuk menggoreng tenggelam.
5. Celup cempedak ke dalam adunan tepung, dan goreng seperti biasa.
6. Apabila gorengan kelihatan kuning keemasan, bolehlah angkat dan hidangkan.

 Nikmatilah cempedak goreng sebagai sarapan pagi atau minum petang bersama secawan kpi panas!

 Alhamdulillah. Selamatlah riwayat cempedak!
Bahagian daam kulit cempedak yang penuh jerami itu, Amie buat jeruk atau mandai, kata urang Banjar.


3 ulasan:

  1. Apa tjuan dicampurkan dengan eno? untuk tambah rangup ke?

    BalasPadam
  2. Putri,
    ini resepi orang yang suka guna bahan ringkas.

    Notie,
    ENO tu kira pengganti baking powder / soda bikarbonat.

    BalasPadam