Pages

Ahad, 9 September 2018

Hidangan Tradisi Bajau di Row Row Lepa

Setelah puas menikmati hidangan Korea selama di Seoul, kini mencuba pula hidangan tradisi masyarakat bajau di Semporna. Hari Jumaat, malam Sabtu 24 Ogos 2018 kami singgah makan malam di Restoran Row Row Lepa yang terletak di belakang Pejabat Pendidikan Semporna. Pada sebelah siangnya kami datang waktu tengahari tetapi tanda 'close' di pintu masuk menyebabkan kami mencari restoran lain. Pada sebelah malamnya kami datang lagi setelah merujuk Pak Google yang mengatakan restoran tersebut dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam, dan tanda 'open' pada pintu masuk jelas terpampang di situ. Bila kami beritahu restoran 'close' pada waktu tengahari, pekerja di situ memberitahu kami papan tanda tersebut terbalik ditiup angin!
Kami cuba hidangan Row Row Lepa Bajau Set dengan harga RM69.90 tidak termasuk nasi dan minuman.

Ada 10 jenis hidangan berlainan yang disajikan. Di tengah-tengah sekali ialah tompek atau tinompek. Tompek diperbuat dari ubi kayu. Di sekeliling tompek merupakan lauk-pauk dari laut termasuk tayum, kima, bobohan, sagol buntal, kihampau kering, sotong, kerabu mangga, dan kilau.

Hidangan disajikan di dalam replika lepa, sejenis sampan atau perahu tradisi masyarakat Bajau.


Jom.
Selamat mencuba sebahagian daripada hidangan tradisi masyarakat Bajau yang berasaskan makanan laut!

Selain set makanan tradisi Bajau, ada lagi hidangan lain yang ditawarkan termasukkan estern food. Nampaknya hanya Amie dengan Encik Suami yang makan hidangan tersebut. Fairuz dan Fuad pesan makanan lain.


 Suasana di dalam restoran.

 Boleh pilih untuk duduk di kerusi atau duduk bersila.

 Sekian, perkongsian tentang hidangan tradisi masyarakat Bajau.

In shaa Allah, ada kesempatan lain akan datang lagi untuk mencuba hidangan yang berbeza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan