Pages

Ahad, 9 September 2018

Dragon Inn (Floating Hotel) Semporna

Cadangan untuk transit Semporna sebelum ke LD diterima baik oleh Encik Suami. Dalam keletihan terbang dari KLIA pukul 7.25 pagi, Amie tiba di Airport Tawau menjelang pukul 10.30 pagi. Jadi, percutian ke Korea disambung pula selama satu hari lagi bersama anak-anak dan suami di Semporna.

 Kami memilih Dragon Inn (Floating Hotel) untuk bermalam.

Di sini, tidak dibenarkan bermalam melebihi dua orang untuk dua katil. Peraturan di sini agak ketak. Semua tetamu yang akan bermalam dikehendaki memberikan kad pengenalan masing-masing untuk pemeriksaan di bahagian kaunter.

 Jom masuk bilik.




 Kami menyewa dua bilik, dan setiap bilik berharga RM195.00 untuk satu malam.

 Tidak banyak kemudahan yang disediakan di dalam bilik seperti hotel lain, melainkan kemudahan asas sahaja.





 Bilik air Dragon Inn.




Sarapan pagi tidak disediakan. Sekiranya ingin makan (kecuali sarapan) bolehlah ke Floating Reastaurant dan anda akan dapat potongan sehingga 15%. Kami pernah makan di restoran ini sewaktu Bonda datang beberapa tahun yang lalu dan kami tidak berhasrat untuk makan di sini lagi. Harganya memang mahal. Namun begitu, anda mempunyai banyak pilihan untuk makan di restoran lain yang terdapat di sekitar Dragon Inn.

Kalau nak tengok ikan dalam aquarium (bawah) boleh gunakan pas masuk seperti di atas. Ini khas untuk tetamu Dragon Inn sahaja. 

Malam itu, kami tidur nyenyak!
Kami merasai pengalaman tidur di atas hotel terapung, dengan suasana ala-ala kampung! 

 Keesokan paginya....

Jalan-jalan sekitar jeti untuk mencari sarapan pagi, dan melihat-lihat suasana ketika matahari naik.


 Firdaus rasa seronok!

Firdaus teringin naik motorbot, tapi Encik Suami jenis penakut untuk beraktiviti di atas air! Oh! Amie teringin pula mengikuti pakej mengunjungi 12 buah pulau di sini. In shaa Allah, ada kesempatan bolehlah datang bersama rakan-rakan yang tak takut air seperti Encik Suami...hiks!








 Terubat rindu!






 Jom shopping di sini.








Selain di jeti, para pelancong yang bermalam di Dragon Inn nampaknya menaiki motorbot dari pintu masuk hotel!


 Wokey...
Jom jalan-jalan cari makan pula!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan