Tak berani beritahu rakan-rakan di kampung Amie akan pulang ke Malaya. Bukan apa, takut nanti janji nak jumpa tapi tak dapat ditetapi. Akhirnya, waktu yang lapang itu tiba jua. Petang Isnin, 3 September, Jaliah dan Rosmah datang jemput Amie di rumah untuk minum petang di Warung Soto Ori Kanang.
Masing-masing faham kesibukan dengan tugas, jadi yang sempat sajalah dapat berjumpa.
Teman-teman sepersekolahan yang sempat bertemu petang itu. Yani, Amie, Hawa, Jaliah, Rosmah, Zainal & Aznoor.
Soto Ori Kanang tidak asing lagi bagi penduduk setempat terutama di kawasan Bukit Hijau, Bukit Cheraka dan Bukit Kuching, serta Parit Mahang, Sungai Buluh, Ijok dan merata tempat di Selangor. Kalau nak makan soto di sinilah tempatnya. Dan empunya kedai soto suami isteri pun bukan orang lain dengan kami, sekelas dan sepermainan sewaktu bersekolah rendah. Warung soto ini juga pernah mendapat liputan akhbar Kosmo.
Amie pun bawa sedikit oleh-oleh baulu gulung dari Ayer Hitam.
Dan keropok amplang, oleh-oleh dari LD.
Apakan daya, bila balik kampung sewaktu semua orang keluar bekerja, susah sikit nak keluar. Nak memandu kereta atau motosikal pun rasa kekok...hihihiii! Syukurlah Jaliah dan Rosmah sudi menjemput di teratak Bonda!
Sambil sembang-sembang, sambil-sambil kami menjamu selera dengan soto ayam dan sup kaki ayam!
Susah dah nak cari soto asli seperti ini!
Seingat Amie, dari sejak kecil lagi sudah berkenalan dengan soto begini!
Tuan punya warung soto yang berbaju merah : ZAINAL KANANG
Rosmah dan Jaliah.
Bersama Hawa, selalu sama-sama pulang berjalan kaki atau menaiki basikal dari sekolah.
Moga Hawa dan Zainal sentiasa sihat dan berbahagia.
Yan datang agak lewat sedikit. Tapi, syukurlah akhirnya dapat bertemu jua! Mudah-mudahan daku dapat menghabiskan usia tuaku bersama kalian di kampung laman. In shaa Allah.
sedapnya lahaiii sup kaki ayam tu :D
BalasPadam