Pages

Ahad, 26 Ogos 2018

Jalan-Jalan Cari Makan di Gerai Ais Teler & Nasi Lalap (Highway) Tawau.

Petang Jumaat bersamaan 17 Ogos 2018.
Selesai membuka buku akaun di Bank Muamalat untuk Fuad di Tawau, anak-anak sudah tidak dapat menahan lapar. Encik Suami membawa kami ke gerai yang bersusun menghadap laut. Kata Encik Suami, kawan-kawannya yang datang ke Tawau, biasanya singgah makan di kawasan ini.


 Gerai-gerai di sini terkenal dengan hidangan nasi lalap dan nasi ayam penyet.

 Fuad berminat memesan nasi goreng lalap.

 Encik Suami dan Fairuz dengan nasi ayam penyetnya.

 Setiap hidangan didatangkan bersama semangkuk kecil kuah sup kosong yang enak!

Nasi Goreng Special ini Amie punya....heheheee. Di dalamnya penuh dengan daging dan ayam.
Memang puas hati! Tuan punya gerai tidak kedekut  bubuh 'aksesori' yang banyak dalam masakan.

Firdaus, peminat mee goreng tak lepas peluang untuk mencubanya di sini. Memang sedap! 
Nampaknya, pada masa aan datang, kalau berkunjung ke Tawau, kami akan singgah sini.

1 ulasan:

  1. Nasi lalap tu apa ya? Tenguk mee goreng firdaus pun dah kecur je nampak sedap mesti sedap ni.

    BalasPadam