Setiap kali nak beli di pasar, Encik Suami kata: Tak payahlah!
Akhirnya, kelmarin terbeli juga 3 ekor ikan mayong di gerai tepi jalan!
Dah beli mayong, teringat pulak telur ikan mayong di Pantai Remis....huhuhuuuu!
Lepas ni nak cari juga mayong saiz besar, nak cari telurnya!
Rasanya, masakan Kari Ikan Mayong dengan Nanas petang tadi sungguhlah sedap! Mungkin perut lapar sangat kot! Kebetulan Encik Suami pulang lewat, jadi kami anak-beranak makan dahulu sebab jadual waktu makan malam kami setiap hari sebelum pukul 6 petang. Menjelang azan Maghrib barulah Encik Suami sampai. Biasanya begitulah, Encik Suami akan telefon kalau banyak kerja yang perlu diselesaikan, dan suruh kami makan dahulu. Maklumlah selepas itu banyak urusan lain seperti menghantar Fairuz ke kelas tuisyen.
Inilah 3 ekor ikan mayong @ ikan duri yang Amie geram sangat tengok tergantung di gerai ikan!
Memandangkan anak-anak suka masakan kari, jadi Amie pun usahakan mencari bahan yang ada di dapur untuk olah ikan mayong ini.
Antara bahan untuk masakan kari ikan mayong.
Alhamdulillah, ada santan segar!
Ada nanas juga!
Setelah dibersihkan, Amie perap seketika ikan mayong dengan perahan jus lemon. Terpulanglah macamana nak bersihkan ikan mayong ini. Boleh juga perap dengan jus limau nipis, atau asam jawa dengan sedikit garam.
Wokey...
Kita lihat bahan-bahan yang digunakan untuk masakan ini.
Bahan-bahan:
1 kg ikan mayong - bersihkan - potong ikut saiz yang dikehendaki
400 gram nanas yang sudah dipotong
3 cawan air
2 cawan santan
4 sudu besar serbuk kari ikan
2 keping asam gelugur
1/2 cawan minyak
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
10 biji cili kering
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
1 sudu kecil belacan
Bahan kisar di atas sudah digaul sebati dengan serbuk kari ikan.
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil campuran biji sawi, jintan putih dan halba
3 tangkai daun kari - lurutkan
Bahan tumis.
Ingatkan nanas ini rasanya masam sebab nampak warnanya yang agak pucat seperti belum masak, jadi Amie sediakan asam jawa dan asam gelugur. Kalau kurang masam, tambah saja asam gelugur atau asam jawa.
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan penumis sehingga harum.
2. Masukkan bahan pes - bahan kisar yang digaul sebati dengan rempah kari. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air. Masak menggunakan api perlahan sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan nanas, dan masak hingga nanas layu.
4. Seterusnya, tambahkan dua cawan air dan biarkan sehingga mendidih.
5. Ketika ini bolehlah rasa sama ada, ada rasa masam atau tidak. Ketika inilah Amie masukkan dua keping asam gelugur.
7. Tuangkan santan.
8. Setelah kuah mendidih dan ikan masak, tambahkan perasa seperti garam / gula / perasa pilihan.
9. Padamkan api dapur.
fuh ikan mayong masak asam pedas campur jeruk kobis...pergggg sedapnya. Telur dia kalau musim dia banyak di goreng je pun sodap.
BalasPadamsama tak nama dia dengan ikan belukang?
BalasPadamSelamat Hari Raya Aidil Fitri buat Amie sekeluarga. Saya selalu masak Kari Kepala Ikan Mayong sebab fav my other half. Tapi dah agak lama juga tak masak.
BalasPadam