Ada slogan atau kata-kata hikmat yang dikongsi oleh Pak Herman sewaktu dalam perjalanan (tak ingat di mana tapi masih ingat kata-katanya). Menurut Pak Herman, kata-kata itu adalah pegangan Soekarno sebagai kunci untuk mencapai kejayaan dalam hidup iaitu:
Berfikirlah seperti orang Minang berfikir.
Bercakaplah seperti orang Batak bercakap.
Bekerjalah seperti orang Jawa bekerja.
Sesiapa yang rajin mengkaji sosiobudaya dan mengenali dengan lebih mendalam cara hidup sesebuah masyarakat, sudah tentu akan memahami kata-kata di atas!
Entah bila masanya, tapi ketika dalam perjalanan ke suatu tempat Pak Herman bertanya: Mau cuba masuk ke Rumah Pohon? Ada rumah makan atas pohon. Boleh makan di situ tapi kena bayar sewa.
Wah! Serentak menjawab, sudah tentulah semuanya mau!
Kena bayar sewa 100,000 rupiah dua jam, sama ada makan atau tidak, jelas Pak Herman lagi.
Tak kisahlah, yang penting dapat ke sana.
Oh! Ini rupanya Rumah Pohon!
Cuba perhatikan betul-betul! Di tengah-tengah rumah itu ada sebatang pohon yang tembus di atas puncak bumbung!
Nampaknya ada beberapa buah rumah pohon di sini.
Jangan tunggu lagi!
Hari sudah lewat petang!
Marilah kita panjat pokok!
Sebelum rembang petang beransur senja, eloklah ambil gambar berlatar belakangkan keindahan alam di kawasan Ngarai Sianok ini.
Terlanjur membayar sewa sebanyak 100,000 rupiah untuk selama 2 jam, eloklah pesan minuman atau makanan ringan sambil menikmati keindahan alam dari atas pokok! Tapi ingat ye tuan-tuan dan puan-puan, 100,000 rupiah tu tak termasuk makan minum, itu hanya bayaran duduk dalam rumah pohon saja. Nak makan kenalah bayar harga lain.
Nampaknya terdapat pelbagai jenis minuman dan makanan yang boleh dipesan, termasuk makanan Barat dan juga tempatan. Kita pilih yang ringan-ringan jew!
Lagipun perut masih kenyang diisi penuh dengan masakan Padang di Rumah Makan Eni!
Amie pesan Virgin Pinacolada dengan kentang goreng. Virgin Pinacolada tu jus nanas campur dengan santan! Apa rasanya ye? Ada rasa lemak santan macam cendol ke?
Sementara menunggu pesanan tiba, pokok nan sebatang di anjung Rumah Pohon Abdul Kafe & Resto jadi mangsa posing-posing!
Nampak kasih sayang Ain kat pokok tu! Peluk, jangan tak peluk!
Dah peluk pokok, termenung pulak si Ain merenung sawah padi!
Ada lagi nak tak mahu lepas peluang peluk pokok!
Cakkkk!
Membawa haluan masing-masing nampaknya ni!
Minuman yang dipesan pun tiba. Kami menongkah arus! Patutnya minuman panas lebih sesuai pada waktu petang, tapi hentam sajalah labu! Jus nanas campur santan yang warna kuning di hadapan sekali. Tak ada rasa lemak cendol, dan tak muak! Sedap! Tapi tak tahu nak kata rasa apa....hiks! Barangkali rasa nanas sudah dirampas oleh santan!
Walaupun masih kenyang, tapi terus juga sumbat dalam mulut...hiks!
Terkejut juga kami bila pesanan pisang goreng tiba ke meja! Ada dua piring semuanya. Bukan apa, tidak pernah melihat rupa gorengan pisang begini. Tapi sebenarnya pisang goreng inilah yang paling laris dan paling sedap! Selain parutan keju, ditaburi dengan serbuk kayu manis!
Akmi lagilah terkejut dengan pesanannya, buritos con pollo kalau tak silap.....ngeeee! Katanya : Besar gedabak!
Cemana nak habiskan buritos con pollo ni? Kena minta tolong kawan-kawan yang lain makan!
Sedapkan pisang goreng tu Ain? Habis licin dua piring!
Aiskrim Ain datang di saat akhir. Dah tak larat nak telan. Apa pun, demi kawan-kawan, marilah kita tolong habiskan!
Nampaknya matahari mula menjauhkan diri. Remang-remang senja semakin menjelma.
Apa boleh buat, Rumah Pohon Abdul di Ngarai Sianok terpaksa kami tinggalkan jua!
Warite!
Buat apa lagi di situ?
Nak bermalam atas pokok ke?
Lain kali kita datang lagi.
Jangan lupa ambil alamat rumah pohon : Jalan Raya Lambah Sianok, Sianok Anam Suku, Ampek Koto.
Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE.
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62 812-6784-9399Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:
1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa
3. Air Terjun Lembah Anai
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang
7. Bermalam di Hotel Primadini
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah
12. Istano Basa Pagaruyung
13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni
18. Silver Work Koto Gadang
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok
20. Lobang Jepang
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda
26. Sepetang di Kota Padang
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan