Pages

Ahad, 5 November 2017

Silver Work Koto Gadang

Kami singgah di sebuah rumah, Silver Work di Koto Gadang. Kiranya rumah ini 2 dalam 1, tempat tinggal dan tempat perusahaan / pertukangan barangan perak. Agaknya dah memang naluri perempuan, sampai saja terus serbu tempat perhiasan! Pelbagai bentuk dan jenis cincin, gelang tangan, rantai leher, loket, kerongsang dan sebagainya ada di sini.

Di hadapan rumah tersebut  terpampang papan tanda : Silver Work Welisyar (Mak Wan) Koto Gadang.

Rumah Silver Work ini potongan (binaannya ada unsur) Belanda, terutama bahagian tingkapnya yang memanjang ke bawah itu.

Wokey!
Masing-masing sibuk memilih hiasan yang digemari. Boleh bayar guna matawang IDR dan uga RM! Oleh kerana sudah masuk hari ketiga, dan 'ang pau' berisi rupiah pun semakin menyusut  akibat pelaburan tak terkawal di kedai-kedai kain sulam, jadi kita pun tarik RM keluar sikit-sikit...hiks!

Kita berminat pula cincin perak berbatu hijau nih! Ambi atau tidak? Beli atau tinggalkan saja? Arrgghhh! Nanti dah sampai Borneo, teringat-ingat pulak. Baiklah beli saja.

 Ini tempat tukang perak mengasah bakat seninya.


 Selain barang perhiasan diri, rumah gadang Minangkabau pun ada!

Walaupun ada di antara cincin dan loket pilihan kami tidak menepati kehendak, namun tuan punya Silver Work berjanji akan membetulkan dan mengubahsuai dan akan menghantar barangan tersebut ke hotel kami malam nanti.
Wokey!
Tinggallah dulu rumah Mak Wan.
Hari sudah menjelang petang, dan ada lagi satu tempat tujuan yang akan kami singgahi.

Huurrrmmm.....!
Sempat tangkap gambar sekitar dalam perjalanan seterusnya.
Bagaimanalah idea Buya HAMKA tidak akan mengalir seperti air terjun ketika menulis novel atau cerpen?
Tidak boleh tidak, selain pembacaan, ilmu pengetahuan dan pengalaman hidup, landskap alam turut memainkan peranan mencipta suasana hening, romantis dan penuh nostalgia!

 
Melihat rumah ini pun, sudah mengundang seribu satu tanda tanya, dengan suasananya yang sepi, terlihat agak usang dan penuh misteri! Barangkali rumah tinggal ini ada cerita di sebaliknya, dan nun di hujung sana barangkali juga serambi bertingkap panjang dengan langsir putih juga mempunyai kisahnya yang tersendiri!

Apapun semua pemandangan yang mengasyikkan dan terkadang mengusik jiwa ini terpaksa kami tinggalkan!

Seperti yang dijanjikan, belum pun malam menjelma barang perhiasan tempahan kami sudah diserahkan melalui Pak Herman! Alhamdulillah.



 Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE.  Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62  812-6784-9399


Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:

1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat 
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa  
3. Air Terjun Lembah Anai  
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village  
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun  
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang  
7. Bermalam di Hotel Primadini  
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi  
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis  
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)  
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah  
12. Istano Basa Pagaruyung  

13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!    
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA  
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona 
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni  
18. Silver Work Koto Gadang  
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok  
20. Lobang Jepang  
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi  
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi  
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi  
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!  
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda  
26. Sepetang di Kota Padang  
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah  
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau 

2 ulasan:

  1. berapa harga sebentuk cincin tu amie? cantik sangat..

    BalasPadam
  2. Madiha,
    saya dapat harga RM120, mata memang tak boleh pandang warna hijau, terus terpikat walaupun banyak warna lain....he he heee!

    BalasPadam