Pages

Ahad, 5 November 2017

Lobang Jepang

Pon talipon,
Anak ayam bulu balik,
Ikut perintah Jepun,
Makan ubi dengan keledek.

Puisi di atas menggambarkan tentang kesengsaraan hidup rakyat di bawah pentadbiran Jepun!  Malaya tidak lama di perintah, hanya sekitar 3 setengah tahun (1942 - 1945). Namun tempoh itu benar-benar telah memberi iktibar dan kemunculan semangat cinta akan negara, semangat nasionalisme yang bangkit secara sedar dari segenap penjuru! Sebelum itu, kuasa Barat bermaharajalela beratus tahun lamanya di Asia Tenggara! Segala kekayaan dan hasil mahsul negara jajahan diangkut, perit jerih penduduk tempatan dipergunakan tanpa rasa belas. Malaya, Borneo, Burma di bawah kuasa British, Indonesia di bawah sistem tanaman paksa Belanda, Filipina dengan sistem polo di bawah jajahan Sepanyol, Perancis di Indo China dan...daaannn 40 hari 40 malam memang tak habis mengimbau kembali zaman penjajahan yang telah lama berlalu! 
Cukuplah nenek moyang kita diperalatkan, diperkotakkatikkan oleh penjajah Barat dengan alasan British dan Belanda bahawa mereka bertanggungjawab sebagai 'white man burden', dan Perancis pula kononnya datang untuk menyebarkan tamadun! Cukuplah sudah perjuangan nenek moyang kita yang dianggap sebagai penderhaka oleh pihak Barat sehingga sanggup berputih tulang demi memperjuangkan tanahair tercinta!
Kemunculan Jepun yang tidak dapat ditangkis oleh pihak Barat, akhirnya membuka minda dan menyedarkan masyarakat setempat untuk bangkit melalui kesedaran nasionalisme!
Maaf!
Emosi pula....ahaks!
Sejak 1511, Kesultanan Melayu Melaka runtuh akibat serangan Portugis. Siapa pengasas Kesultanan Melayu Melaka kalau bukan asal-usulnya dari Palembang, anakanda  kedua Sang Nila Utama dari keturunan Demang Lebar Daun iaitu Paduka Sri Maharaja Parameswara. Jangan sesekali melupakan sejarah, bahawa Parameswara pernah menjadi pemerintah Temasik (Singapura) dan selepas pencerobohan Majapahit, Parameswara mengasaskan petempatan baru di muara Sungai Bertam yang juga dikenali sebagai Sungai Melaka.
Jadinya, sejarah itu sentiasa berkembang, jatuh atau bangun, maju atau mundurnya sesebuah negara tetap mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sebagai anak watan, yang punya tanahair, sentiasalah menghayati sejarah tanahair kita agar semangat patriotisme terus kukuh menjadi jati diri yang utuh!

Kami tiba di muka Lobang Jepang ketika hari menjelang senja!
Ketika itu hanya ada sekumpulan pengunjung yang sedang bergerak menuju ke luar pintu setelah menamtkan sesi lawatan.

Oh! Tidak terlintas dalam fikiran Lobang Jepang ini begitu luas sekali!  Menurut Pak Hendra, pengawal Lobang Jepang yang menjadi pemandu kami ketika itu, Lobang Jepang ini disiapkan dalam tempoh 3 tahun dengan kedalaman sekitar 49 meter di bawah permukaan tanah. Kami diberi kesempatan untuk berjalan sekitar 1400 meter sahaja di kawasan tersebut.
Lobang Jepang terpanjang di Asia ini sebenarnya berukuran lebih 6 kilometer dan boleh tembus sehingga ke Ngarai Sianok, Jam Gadang dan juga Benteng Fort De Knock di Wilayah Kebun Binatang Bukit Tinggi.


Buruh paksa yang dipertanggungjawabkan untuk menggali terowong ini bukan dari orang tempatan di Bukit Tinggi, tetapi didatangkan dari Pulau Jawa, Kalimantan dan Sulawesi. Jepun ingin menjaga rahsia terowong ini, jadi penduduk tempatan pula dihantar ke tanah jajahan lain seperti Bandung dan sebagainya untuk menjadi buruh paksa di sana.
Menurut Pak Hendra, walaupun buruh paksa cuba melarikan diri tetapi mereka tidak akan selamat kerana bahasa pertuturan yang digunakan berbeza dengan bahasa pertuturan penduduk tempatan. Bayangkan orang Jawa bercakap dengan orang Minang! Atau orang Bugis dari Sulawesi bertutur dengan orang Minang! Mereka akan menghadapi masalah kelaparan dan sebagainya akibat bahasa perhubungan yang tidak dfahami.

Banyak lorong kecil dengan fungsinya yang tersendiri.  Ada ruang penyimpanan senjata, bilik mesyuarat, pintu masuk dan juga penjara.

Suasana bertambah hening dan agak menyeramkan ketika Pak Hendra menceritakan tentang peristiwa penyeksaan para tahanan di suatu ruangan. Buruh paksa yang sakit pula katanya tidak akan dirawat sebaliknya dibawa ke suatu ruangan untuk menunggu saat kematiannya dan kemudiannya dibuang!


Pak Hendra hendak menunjukkan kepada kami ruangan dapur dan juga tempat pembuangan banduan yang telah mati, dipotong-potong di atas meja dapur (alamak...tempat memotong daging ke?) dan dibuang melalui lubang air! Astaghfirullahhal'aziiimmm!
Cukup sampai di sini, kami meminta Pak Hendra membawa kami keluar semula ke pintu masuk Lobang Jepang! Atas sebab-sebab tertentu, kami menamatkan perjalanan kami setakat ini sahaja. Barangkali hari pun sudah senja, jam menunjukkan angka 6 petang! Waktu Maghrib sudah tiba. Eloklah kami tinggalkan tempat ini.
Dalam perjalanan menuju ke muka pintu, Amie sempat bertanya kepada Pak Hendra sekiranya ada buku yang boleh dibeli yang mengisahkan suasana tragis di Lobang Jepang ini. Pak Hendra menjelaskan, usaha untuk menerbitkan itu ada tetapi dibatalkan kerana tulisan tersebut mungkin akan menimbulkan rasa dendam dalam kalangan penduduk tempatan dan mereka yang terkait dengan keluarga mangsa. Bayangkan, entah berapa ribu mereka yang terkorban dipotong-potong supaya tidak tersangkut di dalam lubang air yang mengalir terus ke Ngarai Sianok!
Tutup mata seketika! Ngarai Sianok yang indah permai rupanya menyimpan seribu cerita duka!


Demikian, secebis kisah dari sejuta kekejaman pendudukan Jepun ketika Perang Dunia ke-2, peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara di dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa.
Sekian... membebel!


Mereka yang tidak belajar dari sejarah pasti mengulanginya!


Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE. 
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62  812-6784-9399


Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:

1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat 
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa  
3. Air Terjun Lembah Anai  
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village  
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun  
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang  
7. Bermalam di Hotel Primadini  
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi  
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis  
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)  
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah  
12. Istano Basa Pagaruyung  

13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!    
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA  
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona 
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni  
18. Silver Work Koto Gadang  
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok  
20. Lobang Jepang  
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi  
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi  
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi  
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!  
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda  
26. Sepetang di Kota Padang  
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah  
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau 


2 ulasan:

  1. seram pulak dengar cerita dari pak Hendra tu ye... dah la dah nak masuk senja... hehe.. elok sangatlah amie & kawan2 beransur pulang.. hehe...

    BalasPadam
  2. Madiha,
    betul tu...rata-rata yang pernah ke situ akan mengatakan rasa 'seram', maklumlah di situ banyak rahsia tentera Jepun dan tempat penyeksaaan, tentu banyak 'jiwa' yang masih tidak tenteram.

    BalasPadam