Rasanya puaslah kami menyusuri segenap pelosok tempat harian ini. Dari awal pagi kami mengunjungi Panorama Sungai Landia, kemudian meneruskan perjalanan ke Danau Maninjau. Dari situ bergerak pula melewati Kelok 44 menunju ke Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA. Selepas menjamu selera di Rumah Makan Eni kami singgah di Silver Work dan kemudian beramai-ramai memanjat 'pokok' di Rumah Pohon Abdul Kafe & Resto di Ngarai Sianok. Seterusnya menyelusuri sejarah pendudukan Jepun di Lobang Jepang dan akhir sekali singgah di perkarangan Jam Gadang Bukit Tinggi sebelum makan malam di Restoran CK.
Seingat Amie pada hari pertama atau kedua, Pak Herman menyebut tentang binaan Jam Gadang yang hanya ada 2 unit sahaja di dunia iaitu Jam Gadang di Bukit Tinggi dan Big Ben di London. Sewaktu kami tiba, malam sudah menjelang. Jam Gadang kelihatan berdiri megah disinari lampu neon. Sekejap berwarna putih cemerlang, dan ada ketikanya berubah warna. Sayangnya Amie tidak berapa memperhatikan suasana tersebut!
Jam Gadang atau Jam Besar memiliki ukuran yang besar pada empat sisi. Istimewanya, Jam Gadang ini merupakan hadiah daripada Ratu Belanda kepada Rook Maker, setiausaha Fort de Kock (kini dikenali sebagai Kota Bukit Tinggi) pada masa pemerintahan Hindia Belanda. Ia dibawa dari Rotterdam, Belanda melalui Pelabuhan Teluk Bayur.
Semasa Hindia Belanda memegang tampuk pemerintahan, atap Jam Gadang berbentuk bulat dengan patung ayam jantan menghadap ke arah timur di atasnya. Semasa pendudukan Kepun pula, diubah menjadi bentuk pagoda. Setelah Indonesia memperoleh kemerdekaan, atap Jam Gadang diubah bentuk gonjong mengikut bumbung bagondong rumah adat Minangkabau.
Suasana di sekitar Jam Gadang. Jejeran kereta kuda sedang menunggu pelanggan.
Ramai peniaga kecil menjaja makanan seperti keropok di sekitarnya.
Amie dan Kamsiah tidaklah begitu ligat membeli-belah di sini. Amie hanya membeli 4 helai t-shirt dan beberapa keping fridge magnet. Rakan-rakan yang lain pula nampak sibuk memilih telekung, tudung dan juga aneka hasil sulaman di sini. Kalau rasa-rasa tersesat, kami pandang Jam Gadang sebagai pangkal jalan. Betulkan? Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
Aneka hasil sulaman yang menggoda pandangan!
Melihat cara kawan-kawan memilih, terasa pulalah diri ini tak pandai membeli....hiks! Bukan apa, Amie tak pandai nak belek lama-lama, apalagi tawar-menawar! Nasib baiklah Kamsiah pun sama sekepala! Adalah juga kawan untuk kongsi perangai....ahaks!
Macam-macamlah juga keropok kerepek yang turut menggoda selera!
Di sini, kami biarkan Zana membeli dahulu beberapa jenis keropok dan kerepek untuk dijadikan oleh-oleh ketika pulang nanti. Kemudian barulah dikira semula dan dibayar sama rata.
Setelah selesai urusan kami, duduklah Amie berdua dengan kamsiah berhampiran kereta kuda. Tak tahu pula bila kawan-kawan yang lain akan selesai membeli-belah. Kami pun berceritalah sesama sendiri tentang nasb kuda di hadapan kami ini. Sudahlah kena berdiri berjam-jam lamanya menanti pelanggan, matanya pula ditutup! Kesian benar kau yang bernama kuda! Tak dapek den nak nolong eh....!
Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE.
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62 812-6784-9399Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:
1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa
3. Air Terjun Lembah Anai
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang
7. Bermalam di Hotel Primadini
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah
12. Istano Basa Pagaruyung
13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni
18. Silver Work Koto Gadang
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok
20. Lobang Jepang
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda
26. Sepetang di Kota Padang
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau
terliur pulak tengok keropok bersaiz besar tu amie. tiba2 teringatkan opak ubi kayu. salah satu keropok yang sangat sy gemari. kalau jumpa kat mana2 wajib beli. di Tganu pun ada opak ubi, tapi yang belum bergoreng & bersaiz kecil lebih kurang piring utk cawan tu. ada yang diwarnakan dengan warna pink, ada kuning & ada warna asli. aduh... kecur pulak air liur bila diingat2.. hehehe...
BalasPadamMadiha,
BalasPadammemang tak cukup 'mata' melihat semua benda ni, dan tak cukup kepala nak fikir mana satu nak dibeli, macam-macam ada.