Mendaki Tembok Besar China di Bukit Tinggi?
Biar betul Pak Herman!
Tembok Besar China sudah tentulah berada di negara China, dan bukannya di Sumatera Barat! Mustahillah benda ajaib di dunia yang boleh dilihat dari bulan itu tiba-tiba berada di sini!
Oh! Rupanya Pak Herman tidak bercanda!
Memang wujud Tembok Besar China di Bukit Tinggi!
Memang wujud Tembok Besar China di Bukit Tinggi!
Penduduk tempatan juga memanggilnya sebagai Janjang Koto Gadang. Tembok ini menghubungkan Bukit Tinggi dengan Koto Gadang, dan dipisahkan oleh Ngarai Sianok! Binaan temboknya menyerupai Tembok Besar China!
Sesuai sangatlah kami memanjat tembok di pagi hari!
Udara pun segar, matahari pun hangat-hangat bersinar!
Cantik!
Ketika hendak menuruni anak-anak tangga, tiba-tiba Amie teringat pesanan tukang urut : Jangan terlalu banyak berjalan! Nanti kaki lambat baik!
Oh!
Kawan-kawan!
Teruskanlah perjalanan kalian.
Biarkan daku di sini kerana kakiku belum sembuh sepenuhnya!
Kutitipkan kamera untuk merakam gambar kenangan sepanjang pendakian kalian.
Terima kasih Pak Herman dan kawan-kawan kerana sudi mengambil gambar dalam perjalanan mendaki Tembok Besar China ala Bukit Tinggi itu! Katanya, lumayan juga lelahnya menuruni dan menaiki anak-anak tangga di situ!
Pemandangannya juga sungguh indah, hijau saujana mata memandang.
Tak tahulah pula sampai mana kawan-kawan kita ni mendaki....hiks!
Tapi memang nampak menyeronokkan, sebab mampu menguatkan otot kaki dan menyihatkan badan dengan senaman tak terancang di pagi hari!
Rupanya, ada oleh-oleh istimewa yang dibawa pulang!
Di pertengahan jalan, Pak Herman menunjukkan pokok ruku-ruku. Sebelum ini Pak Herman pernah menyebut tentang ruku-ruku, sejenis tumbuhan herba yang biasanya dicampur dalam gulai masakan Minang! Sempat juga Warite mengambil pokok ruku-ruku untuk dibawa pulang! Harap tumbuh subur ruku-ruku dari Tembok Besar China!
Melihat gambar pokok ruku-ruku, seakan-akan mirip spesies selasih! Barangkali keluarga kemangi juga. Ketika Pak Herman menyebut 'ruku-ruku' pada hari sebelumnya, Amie teringat sebuah pantun Melayu Tradisional, di dalam barisnya ada disebut : Ruku-ruku dari Peringgit. Sayangnya Amie tidak ingat baris seterusnya. Alhamdulillah, merujuk Pak Google, rupanya ada pantun berkait yang menyebut tumbuhan tersebut :
Bunga rampai di dalam puan,
Ruku-ruku dari Peringgit,
Belum sampai padamu tuan,
Belum sampai padamu tuan,
Rindu saya bukan sedikit.
Ruku-ruku dari Peringgit,
Teras jati bertalam-talam,
Rindu saya bukan sedikit,
Nyaris mati semalam-malam.
Berita terkini : Pokok ruku-ruku sedang tumbuh subur ditanam oleh Warite. Nanti Amie akan diberikan anak ruku-ruku. Bolehlah cuba masak gulai Minang dengan menambah ruku-ruku di dalamnya.
Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE.
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62 812-6784-9399Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:
1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa
3. Air Terjun Lembah Anai
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang
7. Bermalam di Hotel Primadini
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah
12. Istano Basa Pagaruyung
13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni
18. Silver Work Koto Gadang
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok
20. Lobang Jepang
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda
26. Sepetang di Kota Padang
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan